Salam
Terima kasih kerana masih lagi sudi singgah diblog MsMPerak.
Maafkan kami agak lama tak update segala aktiviti.
Tapi entry yang bakal MsMPerak coretkan kali ini bukanlah aktiviti yang kami rancangkan seperti kebiasaan.Allah lebih mengetahui akan perjalanan makhlukNya..
Tanggal 30.12.2011 pada jam 5.36pagi Presiden MsMPerak,ZamZamIPH telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah sekian lama menderita akibat jangkitan kuman dalam paru-paru beliau.Allahyarham yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Fatimah di Ipoh,telah dibawa ke HUKM bagi mengikut kehendak keluarga Allahyarham yang menetap jauh di Johor Bharu.
Munkin pada sesiapa yang agak lama tidak bertemu dengan Allahyarham,MsMPerak yakin reaksi pada yang melihat beliau akan meruntun perasaan terkejut dan sedih dengan penurunan berat badan beliau sehingga ke 58kg.MsMPerak ingin melahirkan ucapan ribuan terima kasih pada mereka yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang beliau bertarung untuk meneruskan hidup.
Pada mereka yang mengenali Allahyarham,ingin MsMPerak memohon agar sama-samalah kita semua memanjat doa agar roh Allahyarham tenang dialam sana.Moga segala kebaikkan Allahyarham selama ini,diterima sebaiknya.Maafkan andainya Allahyarham pernah membuatkan hati pembaca semua tercela.Sebagai manusia,Allahyarham juga tidak lari dari kesilapan.
Sekalung penghargaan MsMPerak ingin berikan kepada Fit,kerana tabah dan sabar menjaga Allahyarham semasa beliau sakit.Sesungguhnya MsMPerak tahu,sukar dalam menjaga seseorang yang dalam keadaan tidak sihat.Untuk itu,segala yang Fit lakukan insyaAllah akan ada ganjarannya nanti.Allah tidak pernah memungkiri janji terhadap makhlukNya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan dikampung halaman beliau di Johor Bharu.Pada mereka yang ingin melawat kubur tempat bersemadinya Allahyarham,tak perlu segan silu untuk menghubungi MsMPerak bagi mengetahui lokasi.InsyaAllah MsMPerak akan cuba menolong.
Di akhir kata,MsMPerak mendoakan Allahyarham semoga ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.Tanpa Allahyarham,tiadalah MsMPerak.Tanpa Allahyarham tiadalah seri.Tanpa Allahyarham,tiadalah warna..
"Dari Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali.."
Al-fatihah ZamZamIPH (1978 - 2011)