15 July 2009

Sesi Pookie-Pookie

Hye Semua
Lama jugak tak update blog ni.

Kami nak perkenalkan 1 segmen baru iaitu Sesi Pookie-Pookie huhuhu
Sesi Pookie-Pookie adalah cetusan idea Mak Hayam Pojie dari Penang yang molot very the azab. Memang sesuai dia jadi teraju Sesi Pookie-Pookie.

Basicly, Sesi Pookie-Pookie adalah sesi sembang2 yang membincangkan tentang pelbagai topik.

Sesi Pookie-Pookie yang pertama telah diadakan pada 5hb Julai, sehari selepas MsM Perak Gathering antara topik pada sesi yang pertama ialah 1st impression masa mula2 jumpa. Memang menyeronokkan sesi berlangsung dari pagi sampai ke petang huhuhu
Paling best adalah semua yang join, very open untuk bercakap dan open untuk menerima apa saja yang diperkatakan oleh orang lain. Bak kata mak hayam pojie, pondan semua hati batu huhuhu

Sesi Pookie-Pookie akan tetap diadakan pada setiap program MsM Perak bagi membolehkan semua ahli berkongsi idea dan luahan rasa masing-masing. Kepada yang ingin menyertai sesi Pookie-Pookie dinasihatkan agar tidak mudah sentap, terasa ati atau ambil hati dengan statement2 yang dditerima. Anggap la semua nya cuma gurauan pedas rakan2 untuk memperbaiki diri sendiri.

Mak Hayam Pojie kau memang the best Cheers~~~

08 July 2009

Tengok Sendiri.....


Ini adalah ruang tertutup yang dikhaskan oleh Lost world Of Tambun kepada MsM Perak untuk mengadakan gathering.
Gambar ini sengaja diambil bagi menjawab isu bodoh yang ditimbulkan oleh sesetengah orang pendek akal yang membuat macam2 tohmahan terhadap gathering yang kami anjurkan.
Ruang yang disediakan amat privasi dan terlindung daripada pengunjung Lost World Of Tambun yang lain.

Club House MsM Perak

Untuk Pengetahuan semua, kami telah beroperasi di Kediaman ZamZam yang terletak di Bercham, Ipoh.
Segala persiapan gathering telah dilakukan di sini.


Ini adalah goodies bag, hampers dan hadiah lucky draw
yang disiapkan di Kediaman ZamZam



Makan-Makan Selepas Gathering....

Selepas keluar dari Lost World Of Tambun, kami teruskan program dengan acara makan2 la di kawasan kedai siam di Bercham. Masing-masing dah pun kelaparan sebab berendam di kolam air panas huhuhu

20 orang pergi makan bersama-sama rasa macam buat meeting la pulak. Kedai makan ni dah jadi feveret location MsM Perak berkumpul dan makan-makan. Kami dah namakan kedai ni 'Kedai Makan Anak Ikan' huhuhu


Kepada sesiapa nak join kami makan-makan, boleh la contact kami k

07 July 2009

Para Penaja

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para penaja yang sudi membantu melaksanakan program kami;



1. Mr. Faris, Lost World Of Tambun
2. Mr Eddie, Secret Recipe
3. Mr. Acai, Mc Donalds
3. Serta semua orang perseorangan yang menyumbangkan hadiah Lucky Draw n hampers (Awie, Raz, Fit, Zam n lain-lain lagi)


Terima kasih juga kepada semua yang telah membantu kami sepanjang persiapan gathering.

Terima Kasih

Sekalung Penghargaan Dan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Telah Menjayakan MsM Perak Gathering;

PESERTA;
1. Zam (ZamzamIPH)
2. Raz (raz_putra)
3. Daus (Ara_di)
4. Fit (Petzie)
5. Zul (putra_raz)
6. Awie (Ipoh)
7. Azhar (Ipoh)
8. Nazal (Ipoh)
9. Atta (KL)
10. Mnizar (Ipoh)
11. Erie (Manjung)
12. Keongn (Ipoh)
13. Daus (Kuala Kangsar)
14. Amir (Kuala Kangsar)
15. Asri Helmi (Ipoh)
16. Kent (Ipoh)
17. Lie (Penang)
18. Apit (KL)
19. Shah (Taiping)
20. Chumbucket (Ipoh)
21. Tom (Ipoh)
22. Jack (Ipoh)
23. Ridza (Ipoh)
24. Arie (Ipoh)
25. Zack (Ipoh)
26. Syahrulez (Ipoh/KL)
27. Man (Ipoh)
28. Fiq (Penang)
29. Eddy (Penang)
30. Mamat (Penang)
31. Afi (Penang)
32 Syed (Ipoh)
33. Mann (Penang)
34. Ding (Manjung)

JEMPUTAN KHAS
1. En. Hisham Hussein, PT Foundation
2. Mr. raymond Tai, PT Foundation
3. Mr. Jeremy Kwan, PT Foundation
4. Mr. Chris Ng, Malaysia Aids Council (MAC)
5. Mr. Daniel, Buddies Of Ipoh

Terima Kasih Dari Dari Semua.....

06 July 2009

Kemuncak Nyer....

Tarikh 04 Julai 2009 tiba...
Lost World Of Tambun, Ipoh menjadi tempat pertemuan. Setelah perancangan selama lebih kurang sebulan lebih, Gathering MsM Perak menjadi kenyataan.

Jam 9am, comitee MsM Perak dah terpacak di Lost world Of Tambun untuk meneruskan apa yang telah dirancang. Dengan bantuan rakan2 yang datang awal, persiapan akhir di meja pendaftaran dan di Kepura Cave berjalan lancar.Seperti yang dirancang, jam 10am meja pendaftaran mula sibuk dengan peserta2 gathering mendaftarkan diri. Setiap peserta diberi tag masuk ke Lost world Of Tambun, sebotol air mineral, tag nama, riben merah, dan kupon lucky draw.

Selepas pendaftaran, peserta dibawa masuk ke Kepura Cave, kawasan yang diberikan oleh pihak Lost world Of Tambun untuk aktiviti gathering ini. Majlis bermula lewat daripada yang dijangka kerana ada beberapa masalah teknikal.

En Hishan Hussein, Chairman PT foundation, Mr Raymond Tai, Acting Executive Director & Program Director, PT Foundation, Mr Jeremy Kwan, In-House Programme Manager, PT Foundation, Mr Chris Ng, Volunteer dari Malaysia Aids Council n Mr Daniel dari Buddies Of Ipoh merupakan jemputan khas pada majlis tersebut. Lebih kurang 40 orang hadir pada program kali ini.

Majlis di Kepura Cave dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Mr Chris. Semua peserta diminta membuat bulatan dan beraksi seperti patung. Peserta2 kelihatan agak kekok kerana masih malu2 sebab belum betol2 kenal antara satu sama lain.


Setelah itu, MC Adam dari Lost world Of Tambun memulakan acara dengan mempersilakan wakil MsM Perak untuk menyampaikan ucapan. Ucapan yang ringkas kerana wakil MsM Perak sangat2 gementar waktu itu. Antara ucapannya, Zamzam mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap aktiviti MsM Perak akan berkekalan. Zamzam juga berharap agar program seperti ini dapat membuka minda dan mengajak MsM di Perak untuk keluar dari kepompong dan tempurung yang menghalang MsM di Perak untuk menerima perubahan.

Majlis diteruskan dengan sesi HIV/AIDS awareness yang dikendalikan oleh PT Foundation. Mr Raymond Tai memberi penerangan berkaitan PT Foundation dan senario HIV/AIDS semasa. Kemudian En. Hisham, Chairman PT foundation mengambil alih dengan berkongsi, teknik2 terbaik untuk safer sex.

Ruang juga diberikan kepada Mr Chris untuk menerangkan peranan Malaysia AIDS Council dan Mr Daniel menerangkan peranan Buddies Of Ipoh.

Cenderahati telah disampaikan oleh Zamzam pada semua jemputan khas termasuk En. Faris, wakil dari Lost World Of Tambun.


Kek sumbangan Zaidi dari Secret Recipe telah dipotong sebagai simbolik pelancaran MsM Perak. Semua committee MsM Perak dan tetamu jemputan dipersilakan untuk sama2 memotong kek tersebut. Semua peserta turut diberikan goodies beg istmewa bersama-sama dengan voucher daripada McDonalds.

Selesai acara di dalam Kepura Cave, semua peserta bergerak ke Hut 10 yang telah dikhaskan untuk MsM Perak untuk menikmati makan tengahari. Menu yang dipilih adalah nasi tomato, ayam masak merah, acar rampai, air mineral dan ais krim.

Selepas lunch, semua peserta diminta salin ke pakaian mandi games treasure hunt akan diadakan. Pada ketika ini, wakil dari PTF, MAC dan Buddies Of Ipoh terpaksa beredar kerana komitmen kerja yang lain. Namun begitu keseronokan tetap diteruskan.

Slot lucky draw diadakan sebelum game bermula. Hadiah telah disediakan untuk semua peserta yang hadir. Tidak ada seorang peserta yang pulang dengan tangan kosong tanpa mendapat hadiah lucky draw. Terima kasih kepada semua sponsor hadiah lucky draw.

Setelah semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan, acara
treasure hunt bermula. Setiap kumpulan perlu mengambil gambar ahli kumpulan bersama-sama dengan clue yang diberikan. Macam2 aksi lucu dapat disaksikan. Masing2 betul2 all out untuk menang memandangkan hadiah tempat pertama amat lumayan iaitu hamper besar, voucher Petronas bernilai RM50 dan voucher The Chicken Rice Shop.


Acara game berlangsung dalam masa 1 jam. Selepas itu, hamper2 telah disampaikan kepada pemenang. Tahniah kepada Kumpulan Shah Taiping, Fiq Penang n Jack Chemor, walaupun bertiga, mereka tetap hebat memenangi acara game treasure hunt.


Kami Commitee MsM Perak Gathering pecah perut gelak dengan aksi2 peserta2 dalam treasure hunt.
Gambar2 yang diambil tu boleh la disimpan sebagai kenangan.

Dengan berakhirnya game, maka berakhirlah acara rasmi MsM Perak Gathering. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir.

Acara bebas diteruskan dengan mandi beramai2 huhuhu paling seronok biler mak2 hayam naik kapal lanun terbang, memang kecoh, memang happening huhuhu
Kemudian kami berendam pula di Hot Spring sebagai penutup. Memang meriah kalau molot2 celupar dapat berkumpul.

Kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tidak berpuashati dan terguris perasaan sepanjang program berlangsung. Kami telah cuba untuk melaksanakan yang terbaik.
Semoga kita berjumpa lagi di event yang seterusnya.

26 June 2009

Surat Daripada PT Foundation

Sebagai bukti serius untuk memberi maklumat dan ilmu berkaitan HIV dan pelbagai isu berkaitan, kami menjemput PT Foundation untuk bersama-sama kita menjayakan program MsM Perak Gathering.

Posting ni kami attach surat yang dikirimkan oleh PTF untuk meyakinkan anda semua.




Kami amat berbesar hati dengan sokongan daripada pihak PT Foundation.
Thank you guys

22 June 2009

MsM Perak Gathering Event Update

10am Registration
11am PTF MSM Talk
1230pm MsM Perak Official Launching
1pm Lunch
2pm Swing & Swim n Games
6pm Lucky Draw
630pm Hot Spot

9pm Programme End

Enjoy....

21 June 2009

Information....

Untuk Pengetahuan semua,
Gathering yang kami anjurkan terbuka untuk semua orang dari seluruh Malaysia.
Gathering ini bukan hanya untuk orang perak sahaja.

Nama gathering adalah Gathering MsM Perak adalah disebabkan gathering ini adalah anjuran MsM Perak dan diadakan di Negeri Perak.

Kami mengalu-alukan penyertaan semua MsM dari seluruh Malaysia. Kami telah menerima penyertaan dari MsM KL, Penang dan Kedah.

Jom kita ramai2 meriahkan Gathering MsM Perak 04 Julai 2009 di Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak

15 June 2009

Mesti Baca / Must Read

Ramai yang tak nak pergi gathering di Lost World Of Tambun kerana isu tempat terlalu open. so kami nak explain kat sini bahawa;

1. Kita akan adakan aktiviti berkumpulan di dalam dewan (gua). Kita juga akan diberi reserved area oleh pihak lost world of tambun untuk buat aktiviti dan orang lain tidak boleh masuk ke reserved area tersebut. So aktiviti gathering ini tidak bercampur dengan orang lain.

2. tiada dress code kerana tidak mahu menyerlahkan perjumpaan kita pada orang lain

3. Hanya aktiviti swing n swim aje yang akan bercampur dengan orang lain, sebab kami tidak mampu meminta pihak lost world tutup untuk orang lain huhuhu

4. sekiranya ada apa2 kemusykilan, msg aje aku k. aku akan explain semuanya. kami merancang gathering ini bersesuaian dengan kehendak semua golongan, discreet atau open.

Kami harap penjelasan ini jelas dan diterima. Niat kami hanya untuk plu berkumpul dan berseronok dalam aktiviti sosial. kami juga ada maruah untuk dijaga.

Terima Kasih

........................................................................................................................

We got so many issues regarding the gathering at lost world of tambun. Here are some explaination to clear the matters;

1. The gathering will be held in a hall (cave). Lost world of tambun will provide a reserved area for the gathering n outsider cannnot entry the reserved area. so the gathering is not mixing with other crowd.

2. there is no dress code to the gathering because we dun want other people to know that a plu gathering is there. we want everybody just to be their ownself.

3. Only the swing n swim activity will be mix with others because we can't effort to make lost world of tambun close for everyone else huhuhu

4. If u still got any issues regarding the gathering, do not hesitate, just msg me n i'll dissolve everything. we planned the gathering according to the demanding of the discreet n open plu.

we hope our explaination are clear n accepted. Our attention is to give the plu opportunity to gather n have fun in a social activities. We also got our own pride to protect n cover.

Thank You

How To Get There....

11 June 2009

Isu Bodoh.....

Baru2 ni melalui seorang rakan memaklumkan, ada org yang tak nak join gathering dan mempertikaikan beberapa isu berkaitan safety katanya.



1. Bank-in Payment

Ada yang mempertikai keselamatan no akaun n ada yang risau ditipu.
Kami nak perjelaskan bahawa nombor akaun yang diberikan adalah nombor akaun ZamZamIPH. Oleh itu, tidak mungkin penipuan akan berlaku kerana nombor akaun dan nama Zam yang tercatat dalam sms yang korang terima.
Setiap pembayaran yang diterima, 1 pass masuk ke lost world of tambun akan dikirimkan melalui email. Setiap pass mempunyai ID dan nombor siri yang berlainan bagi mengelakkan penipuan. Setiap nombor siri, ID, email dan nombor telefon direkodkan.

Sekiranya korang bermasalah untuk bank-in payment, pembayaran turut boleh dibuat secara tunai. Korang boleh la contact number2 yang diberi dalam blog ni untuk menyerahkan bayaran secara by-hand. 1 pass masuk juga akan diberikan setelah pembayaran diterima.

2. Checking oleh Jabatan Agama Islam
(Satu isu yang aku pelik sangat)
Aku tak faham macam mana isu ni boleh timbul. Sekiranya Jabatan Agama Islam membuat pemeriksaan, kami tiada sebarang masalah kerana kami menganjurkan perjumpaan dan bukannya Sex Party.
Ramai yang mempertikai lokasi gathering di tempat terbuka dan mempersoal mengapa tidak diadakan di dalam dewan yang tertutup.
Cuba difikirkan risiko untuk di checking oleh pihak berkuasa jika mengadakan aktiviti MSM di tempat terbuka dan tertutup.
Mungkin kalau Jabatan Agama pergi pun sebab nak tangkap perempuan melayu berbikini atau lelaki melayu berspender di khalayak ramai. Well...bukan kami yang tetapkan peraturan pakaian huhuhu kami takde tetapkan dress code atau tema tertentu pun untuk gathering ni. Semua nya bebas untuk menjadi diri masing2.
Tapi pernah ke korang dengan Jabatan Agama buat operasi macam tu di taman2 tema ?

Musuh dalam selimut selalu membunuh komuniti. Jatuhnya sesebuah empayar agung dunia 1 masa dulu adalah disebabkan orang dalam. Kami rasa sudah sampai masa MSM khususnya di Perak membuka minda dan cuba keluar dari kepompong pemikiran sempit yang ntah apa2.

Kami tidak mencari untung melalui penganjuran program ini. Niat kami hanya untuk membentuk 1 komuniti MSM khususnya di Perak yang saling menghormati antara satu sama lain dan memberi lebih peluang kepada MSM untuk beraktiviti sosial sesama ahli komuniti selain daripada sex.....

Kami memohon maaf sekiranya ada ketidakpuashatian. Kami bersedia untuk bersemuka untuk memperjelaskan isu2 berkaitan. Hubungi kami dan kami akan jumpa anda untuk menyelesaikan segala isu dan persoalan.....

Noted : Jangan la kita jadi bodoh, menunjukkan kebodohan kita.....

Poster

05 June 2009

GATHERING PLU PERAK

Gathering PLU Perak

Semua MSM dijemput memeriahkan Gathering PLU Perak.

Tarikh : 04 Julai 2009 (Sabtu)
Tempat : Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak
Bayaran : RM50 (entrance, lunch, goodies) sebelum 27.06.2009
Untuk pembayaran (Maybank bank-in) contact zam 0127061731

Aktiviti :
- Registration
- Official Launching of MSM Perak
- PT Foundation MSM Programme
- Lunch
- Games
- Swing & Swim
- Lucky Draw

Inform kami sekiranya perlukan penginapan di sekitar Ipoh

Kalau berminat sila contact kami ok
Maklumat berkaitan akan di update dari semasa ke semasa

email ke msmperakplu@yahoo.com



AKTIVITI

Banyak program telah dicadang dan dirancang. Antaranya;

1. Gathering PLu Perak
2. Bowling Tournament
3. Movie Outing
4. Camping
5. Leisure Outing

Kalau korang berminat nak join, contact kita orang k

INTRO....

Salam Semua,

Pertamanya terima kasih sebab singgah ke blog ni.
Untuk pengetahuan korang, blog ni dibuat khusus untuk MSM Perak.

MSM Perak atau Man Seeking Man Perak adalah sebuah kumpulan yang dibentuk khusus untuk golongan gay, bisex atau apa juga panggil untuk lelaki yang cari lelaki.
Objektifnya untuk menghidupkan komuniti MSM di Perak.

Kalau ada sebarang komen / cadangan amat kami alukan.

.....................................................................................................................................................................

Hye Guys,

First of all thanks for drop by to this blog.
For your information, this blog is dedicated to the MSM Perak.
MSM Perak or Man Seeking Man Perak is a group dedicated to the gays, bisex or whatever it's call for man seeking man.
The objective is to form a MSM community in Perak.

We welcome any comment / suggestion.