09 August 2010

Mengatur Strategi...

03.08.2010 (Selasa)
Oldtown White Coffee, Ipoh Padang.

Exco MsMPerak telah berjumpa dan berbincang tentang perancangan aktiviti Family Day PKI di Sg. Klah, 07.08.2010.
Selain itu, isu fitnah MsMPerak turut dibincangkan.


Kami tak faham, kenapa kami difitnah dengan kata-kata yang sangat keji.
Kami tak keji macam orang yang sebarkan cerita itu....



"Santek ke kau nak kutuk2 kami ?"

Strageri diatur untuk bertemu dengan si penyebar cerita yang sangat keji.

"Ku tak akan tunjukkanku amarah..."

Perbincangan secara santai.
Sesungguhnya kami bukan study kat Lim Kok Wing, Cyberjaya



Walaupun masing2 sakit hati, perbincangan tetap ceria.


"I ada BMW, so what ???"
"Ala, motor pun dia menumpang je uols"

"Amarah Dan Kecewa Hanyalah bara yang membakar jiwa"


Kesimpulannya, Hanjeng kurap menyalak bukit, tak akan runtuh bukit tu, sebab bukit berdiri kukuh. Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya.

Persiapan Outreach MsMPerak

28.07.2010 (Rabu)

Persediaan Outreach MsMPerak giat dijalankan. Condom Packs telah disediakan untuk diedarkan secara percuma di lokasi yang ditetapkan.

Terima kasih kepada MAC, PTF n PKI yang sudi membekalkan kondom dan lubricant kepada kami.




Ada rakan yang cakap "tak feel la pakai kondom".
Nonsense k. Biasakan pakai kondom. Kepuasannya tetap sama dan lebih selamat.
Fantasi akan menambah feel. So jangan lupa berfantasi k.




Untuk anda semua. FREE. Kami akan bertemu anda di lokasi pilihan.

Kepada yang malu dan takut untuk membeli kondom di kedai2, sila bertemu kami bagi mendapatkan stok secara percuma.
Better save than sorry.

02 August 2010

Persiapan Event Gua Tempurung

25.07.2010 (Ahad)

Selepas tamat lawatan ke PKI, Zam, Fit n Anaqi singgah ke Gua Tempurung untuk mendapatkan info dan melihat persekitarannya untuk event akan datang.

Kami tidak masuk ke dalam gua kerana kesuntukan masa.

Tunggu Oktober 2010 Explorasi Gua Tempurung MsMPerak, bukan setakat aktiviti di dalam gua. Join k




















28 July 2010

Lawatan Ke PKI, Teluk Intan

25.07.2010 (Ahad)

Setelah planning lebih kurang seminggu, Zam, Fit n Anaqi mewakili MsMPerak telah mengadakan lawatan ke Drop-in Centre Pertubuhan Komuniti Intan yang terletak di No. 119, Jalan Denai Intan, Bandar Baru Teluk Intan, Perak.

Kami disambut mesra oleh Pn Hjh Suraban ketika sampai di Teluk Intan. Di atas meja siap terhidang pelbagai jenis makanan. Sungguh tak disangka, sebahagian pengurusan PKI turut sama dalam pertemuan tersebut.

Terima kasih kepada Tn Hj Roslan, Pengerusi PKI dan semua pengurusan PKI kerana sudi meluangkan masa rehat pada hari ahad untuk bertemu kami.

PKI adalah sebuah pertubuhan yang berpusat di Teluk Intan dan mempunyai pusat persinggahannya sendiri dan staff full time yang akan membantu mereka yang datang untuk mendapatkan khidmat. Perkhidmatan kaunseling turut diadakan disini. Kepada rakan2 yang inginkan bantuan PKI, boleh berhubung terus dengan PKI atau hubungi kami.

Pelbagai perkara telah dibincangkan khususnya berkaitan proses pendaftaran kelab dan aktiviti yang boleh dijalankan.

MsMPerak berasa amat berbangga kerana dapat mengenali, mendekati dan berkongsi idea dan pandangan bersama-sama PKI. MsMPerak juga akan mengaturkan sesi talks di antara MsMPerak dan PKI. MsMPerak jugak ingin bekerjasama dengan PKI dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap HI/AIDS.

Diharapkan kerjasama yang telah dimulakan akan berkekalan.

Perjalanan ke Teluk Intan dimulakan dengan sarapan pagi di Ipoh.


Pelbagai hidangan telah siap di atas meja. Terima Kasih Puan Suraban.


Tn Hj Roslan, Pengerusi PKI berkongsi ilmu dan pengalaman.


Sambil makan, sambil sembang dan berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dilakukan di antara MsMPerak dan PKI.



Group Photo MsMPerak dan pengurusan PKI. Terima kasih semua.


Keadaan di dalam Drop-in Centre PKI. Lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan ahli dan mereka yang mendapatkan khidmat PKI.

Terima kasih Pertubuhan Komuniti Intan atas layanan mesra yang diberikan.

Jangan lupa 07.08.2010 (Sabtu). Jom join event Pertubuhan Komuniti Intan di Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah, Sungkai.

Bayaran masuk ke TRAP Sg. Klah = RM10.00

Kita berkumpul di Pintu masuk TRAP Sg. Klah pada jam 10am.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

Inilah peluang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka yang dijangkiti virus HIV.

Lebih 60 orang telah comfirm akan join event ini.

Jumpa kat sana k