Showing posts with label Cameron. Show all posts
Showing posts with label Cameron. Show all posts

15 October 2009

Bye2 Cameron

Badan dah letih, kepala dah tintong, mata pun dah ngantok....

Selepas puas 2 hari kat Cameron, kami pulang ke Club House.

Kenangan di Cameron tak akan dilupakan.... Pengalaman yang cukup2 mengajar MsM Perak untuk terus kuat n aktif beraktiviti, walau apa pun dugaannya.

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Terima kasih yang tidak terhingga buat;

1. Majlis Aids Malaysia (MAC)
2. PT Foundation
3. Ah Long John K
4. Ajib n Adi
5. Acai McD
6. Cik Manje
7. Cik Johan
8. Mr Ramasamy (Cameron)
9. Puan Anim (Katering)
10. DMAN Urut tradisional, Ipoh
11. Semua yang memberi sumbangan / sponsor untuk event kali ini

Terima kasih banyak2

Teh Boh @ Cameron

Destinasi terakhir di Cameron Highlands... Ladang Teh Boh di Sg. Palas.

Ramainya manusia nak pergi ladang teh ni, sampai jam jalan masuknya yang sempit tu.....

Lepak2 kejap, posing sana sini n mcm biasa la tetap nak shopping2 jugak.....

Grup MsM Perak mencuri tumpuan masa sesi bergambar di depan Boh Centre sbb perkataan SANTEK dilaungkan dengan kuat masa mengambil gambar...SANTEK KE ???










Jalan2 @ Cameron Highlands

Selepas minum2, grup terpecah 2. 1 grup terus balik ke destinasi n 1 grup lagik ronda2 Cameron Highlands.
Tak sah la kalau berjalan, tak singgah beli barang walaupun 18 kali dah pergi tempat yang sama huhuhu

Ni pics kita org jalan2 kat Kea Farm.







Guffy : Uolz public... Show off

Rileks Jap @ Cameron

Lupa plak nama tempat ni huhuhu

Anyway, ni antara pic yang dapat di upload.....

Pastinya tak dapat dilupakan, sorang kawan kita minum dari muncung teko huhuhu (sabor ajer la ek)












14 October 2009

Kenangan Cameron.....






Check Out.....

16.08.2009 (Ahad)

Selesai kemas2, semua peserta check out. Clear Banglo Jurina tu huhuhu
Kerjasama yang diberikan oleh semua peserta memang tip top. Thanks semua.




13 October 2009

Closing.....

16.08.2009 (Ahad)

Selesai program, acara closing diadakan. Semua peserta berkumpul di ruang tamu.
Setiap peserta diminta memberi komen berkaitan program yang diadakan. Kebanyakannya memberikan komen yang positif. Cadangan yang diberikan akan kami jadikan panduan untuk aktiviti yang akan datang.
Committee MsM Perak turut mengambil kesempatan memberi sepatah 2 kata kepada semua peserta.

Selepas itu, semua peserta dipersilakan untuk menerima goodies yang telah ditaja oleh PT Foundation dan perfume yang ditaja oleh rakan MsM Perak (Ajib n Adie).

Penyampaian hadiah2 khas turut diadakan. Beberapa kategori dipertandingkan tanpa pengetahuan semua peserta. Tahniah pada semua pemenang.

Walaupun tidak mendapat hadiah khas, yang pasti semua peserta happy n enjoy di Cameron Highlands.

Thanks guys....




Hadiah n Goodies Yang Ditaja





Komen Daripada Peserta n Commitee





Goodies Untuk Semua












Pemenang2 Hadiah Khas











Pemenang Utama - Papa Syah
(Mak Hajah Zubaidah memang vogue)