27 July 2009

SANTEK KAN ???

Terima Kasih kepada Admin G4M Malay Club, Papa Syah.

Untuk pengetahuan korang Papa n Mama Admin akan mencemar duli join program kita di Cameron Highlands. Harus la Abg Zam kene lead upacara sembah ratu kata nyer huhuhu

Semoga hubungan yang lebih erat akan terjalin antara MsM Perak dan G4M Malay Club.

Terima Kasih kerana menyokong aktiviti kami.
Link ke Blog Papa Syah ada di blog ini.... check it out k.

P/S : Committee MsM Perak make sure korang start practise gaya sembah ratu yg paling santek k huhuhu
santek = chantek (pinjam trade mark Mak Esah. Santek ke Mak Esah ???)

26 July 2009

Takziah


MsM Perak bersedih atas pemergian insan kreatif yang berani YASMIN AHMAD.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Diharapkan rakan2 semua mengambil iktibar dgn keberanian dan kesungguhan Yasmin Ahmad memperjuangkan apa yang dia percaya dan yakin dengan dirinya sendiri. Keyakinan Yasmin Ahmad menjadi semangat untuk MsM Perak terus menjalankan aktiviti2 walaupun mendapat pelbagai halangan.

Al-fatihah.

21 July 2009

Lokasi Event Cameron Highlands

Kami telah memilih lokasi ini sebagai tempat event MsM Perak di Cameron Highlands.
JURINA HILL LODGE, Tanah Rata, Cameron Highlands

Kawasan yang cukup privasi dan terletak betul2 di Pekan Tanah Rata, Cameron Highlands. Dikelilingi dengan bukit yang hijau, kawasan nya amat menenangkan. Persekitaran yang luas dan dipenuhi pokok2 sesuai dijadikan lokasi aktiviti luar.




Gambar2 di bawah diambil dari website Jurina Hill Lodge

20 July 2009

Jalan2 Cameron Highlands

18 Julai 2009 (Sabtu)

Hari sabtu lepas Committee MsM Perak ke Cameron Highlands. Zam, Angah, Fit, Adik, Daus Besar n Daus Kecik ke Cameron Highlands untuk survey lokasi yang sesuai untuk program outing Msm Perak.

Beberapa lokasi telah dikenalpasti. Namun begitu, sebulat suara kami telah memilih Jurina Hill Lodge, Tanah Rata sebagai lokasi event akan datang.

Sehari suntuk kami di Cameron Highlands untuk mendapatkan tempat terbaik bagi program kali ini. Diharapkan kita sama2 akan berkumpul di Cameron Highlands.



Breakfast sewaktu On The Way ke Cameron Highlands (Gambar Atas & Bawah)


Aksi2 Terlampau





18 July 2009

MsM Perak Outing

Terima Kasih kepada semua yang telah vote kat blog ni.

Setelah poll di tutup malam tadi. Keputusan dikira dan undian Cameron Highlands mengatasi undian Pulau Pangkor.

Seperti yang dijanjikan, undian yang tinggi akan dijadikan lokasi program MsM Perak seterusnya.

Oleh itu, MsM Perak akan mengadakan aktiviti Outing di Cameron Highlands.

Maklumat :

Program : "Sharing Is Caring"
Tempat : Jurina Hill Lodge, Cameron Highlands
Tarikh : 15-16 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)
Bayaran : Rm50 (Termasuk Penginapan & Makan)

Bayaran perlu dijelaskan kepada MsM Perak sebelum 08.08.2009.
Oleh sebab permintaan yang amat menggalakkan, MsM Perak terpaksa had kan penyertaan kepada 30 orang sahaja.

Aktiviti yang lebih menarik telah dirancang, lebih hebat dari MsM Perak Gathering di Lost World Of Tambun.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Zam (012-7061731) atau Angah (012-5399760)

Jom Join Kami.....

17 July 2009

Pookie-Pookie Corner

Sekali lagi Pookie2 Corner dikendalikan Mak Hayam Lie kembali huhuhu
Sempena Birthday Daus, Pookie2 corner diadakan untuk memeriahkan program.

Walaupun topik kali ini kurang memberangsangkan, tapi semua yang terlibat tetap berani dan terbuka untuk berkata apa sahaja.

Diharapkan pookie2 corner untuk next event akan lebih meriah.

Thanks pada geng2 baru yang join pookie2 corner sebab sporting n open dalam pookie2 corner. Tak perlu sentap2 masa sesi pookie2 ok. Perlu ker ?

SokSek : Dengar2 Pookie2 dah menjadi ikutan huhuhu Tahniah Mak Hayam

Album Birthday Daus

Ni few photos masa Birthday Party Daus..... Atas permintaan kawan2, pic terpaksa di blur kan untuk rahsia identiti. Harap maklum.

Sesi Pookie2 Tetap Diadakan (Gambar Atas & bawah)


Along & Angah (Gambar Atas)

2 Generasi Mak Hayam Kuala Kangsar (Gambar Atas)


Raz Berseri-Seri Mukanya Malam Tu. Tahniah Raz (Gambar Atas)

Antara Yang Hadir (Gambar Atas & Bawah)



BBQ Chicken Wings & Sosej (Gambar Atas & Bawah)

Crew Dapur Dalam Dan Luar (Gambar Atas & Bawah)

Mak Hayam Menurun.
Matilah Kalau Ada Antu Masuk Kat Badan Dia... huhuhu

Happy Birthday Daus

11 Julai 2009 birthday Daus yang ke opssss (kira lilin tu sendiri k)
Oleh sebab perkara yang tidak dapat dielakkan, sambutan birthday Daus dibuat awal sehari iaitu pada 10 Julai 2009 di Club House MsM Perak (Kediaman ZamZam)


Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja dan hanya melibatkan Committee MsM Perak dan beberapa close friends sahaja.

Menu pada malam itu, Nasi Goreng, Bihun Goreng, BBQ chicken wings & Sosej n agar2 yang telah disediakan oleh Angah dari Kuala Kangsar. Raz bawa puding karamel n Burger Malaysia. Juga yang penting Birthday Kek Secret Recipe

Selain dari menyambut Birthday Daus, malam tu juga officially 2 pasangan MsM Perak declare sebagai couple, siap sarung2 cincin segala bagai. Meriah uolz. huhuhu


Tahniah buat Daus & Mak Esah dan Raz & Zul. Semoga jodoh korang kekal sampai bila2. Harap korang happy dengan keputusan korang. Harap juga korang akan saling hormat dan menyayangi. Kami di MsM Perak mendoakan kebahagiaan korang. Harap2 lepas ni akan ada lagik couple2 MsM Perak huhuhu

Terima kasih pada semua yang datang memeriahkan birthday party Daus;
1. Daus Besar (Mr. Birthday Boy)
2. Daus Kecik (Mrs. Birthday Boy)
3. ZamZam (Tuan Umah)
4. Fit (Thanks tolong decorate umah)
5. Angah (Thanks sediakan makanan)
6. Raz (Puding ko sedap)
7. Zul (selamat menjadi ahli keluarga)
8. Adik
9. Mak Hayam Awie
10. Mak Hayam Pojie
11. Faiz (Thanks for the gift)
12. Rizal (Mak Hayam Kuala Kangsar)
13. Wan (Mak Hayam Manjung - Kuala Kangsar - Taiping)
14. E Kuala Kangsar
15. Zack Kuala Kangsar
16. Sham
17. Adam
18. Amir

Thanks semua sebab datang. Harap majlis2 macam ni akan diteruskan lagi. Gambar2 terpaksa di blur kan atas permintaan. Harap maklum.

Album MsM Perak Gathering.....

Ni few photos masa MsM Perak Gathering..... Atas permintaan kawan2, pic terpaksa di blur kan untuk rahsia identiti. Harap maklum.

Zam & Raz

Committee MsM Perak



Zam n Geng2 Penang Yang Turut Serta.... Thanks Guys

Pemenang Treasure Hunt


Lucky Draw






Aktiviti Dalam Kepura Cave







Aksi2 Dalam Treasure Hunt