Solat Maghrib dibuat secara berjemaah selepas meikmati juadah berbuka puasa.
Sejurus selepas solat Maghrib, Jamuan makan diadakan. Menu jamuan makan malam yang telah dipilih adalah Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap dan Dalca. Menu yang dipilih oleh Committee MsM Perak. Terima kasih kepada Katering Kantin Sekolah Menengah Jalan Tasek yang telah menyediakan hidangan makanan dan minuman dengan harga yang amat rendah.
Rakan2 MsM Perak bekerjasama melayan anak2 yatim ketika jamuan makan dengan menyendukkan nasi dan lauk. Peluang diambil untuk lebih mendekati anak2 yatim di situ.
No comments:
Post a Comment