31 August 2009

Pagi Yang Ceria.....

16.08.2009 (Ahad)

Pagi tu semua bangun dengan suasana baru. Masing2 dah mesra. Tapi masih lagi kedengaran cerita2 tentang insiden semalam huhuhu


Selepas menikmati breakfast, nasi lemak n saki baki BBQ Nite (nasi goreng cina n ayam percik), aktiviti 'Jejanz Lentik' diadakan.
Jejanz Lentik adalah game yang menggunakan hula hup. Memang happening n best giler la. Semuanya sporting walaupun game nyer simple aje.



Semasa aktiviti Jejanz Lentik, kami dikunjungi Mr Ramasamy yang sudi sponsor sayur2 n bunga untuk kami bawak balik. Terima Kasih Mr Rama for ur kindness.
Raz n Zul susun sayur2 n bunga macam nak berjual di pasar plak.

Selepas aktiviti Jejanz Lentik, semua peserta berehat sebentar sementara menunggu masa untuk closing.

SELAMAT HARI MERDEKA


MsM Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada semua rakan2 yang menyokong MsM Perak

Semoga Malaysia akan terus maju dan aman


1 Malaysia
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


30 August 2009

Malam yang Panjang.....

15.08.2009 - 16.08.2009 (Sabtu - Ahad)

Selepas insiden lawatan oleh pihak Polis, sesi pookie2 ditamatkan. MC mempersilakan Presiden untuk memberi penjelasan kepada semua. Diharapkan insiden tu, tak mengubah mood semua orang untuk berseronok.

Selepas gotong royong mengemas kawasan BBQ, semua orang masuk ke dalam banglo dengan aktiviti masing2.
Gelak ketawa kedengaran semula, bercerita pengalaman sebentar tadi.

Tapi dalam banyak2 insiden selepas raid polis yang tak boleh dilupakan adalah lawak antarabangsa daripada Raz.
Dia langgar sliding door dengan kuat. Ko hengat ko ada power mcm X-Men yang leh tembus2 dinding tu ke huhuhu sori Raz, tapi setiap kali nampak sliding door, comfirm ko kene gelak huhuhu

Lepas puas sembang2 sesama sendiri, masing2 pun terus la masuk tidur sebab sok pagi akan start plak aktiviti lain.

Checking...Checking.... huhuhu

Selesai miting Committee MsM Perak dengan Zamzuri dari MAC, sesi pookie2 diadakan.
macam biasa MC pookie2 lie take over the stage di tempat BBQ.

Topik pertama - Apa yang membuatkan ko seorang diva?
Macam biasa 1 round sesi pookie2 semua masih tak berapa warm up. Tapi macam2 pendapat diketengahkan. Habis 1 round semua memberi pendapat.

Topik kedua - Apa yang korang rasa, bila kene reject ?
Baru 3 orang memberi pendapat, tiba2 datang sekumpulan lelaki perempuan meminta kami mengeluarkan kad pengenalan masing2 (aku tak ingat plak ada tak dia org memperkenalkan diri dan menunjuk kad kuasa) yang pastinya ada lambang polis di baju dia org.

Nampaknya kene raid plak aktiviti MsM Perak kali ni.

Ramai yang masuk ke dalam banglo untuk mengambil banglo untuk mengambil kad pengenalan masing2. Nampak jelas air muka risau di semua peserta.

Dalam kebimbangan, Gufie dengan muka cuak tahap dewa, beritahu dia takde IC sebab hilang. Ada jugak yang mencadangkan Gufie menyorok kat dalam almari (huhuhu...ko hengat dia tu Indon ke ?) Tapi dengan konfiden Gufie keluar balik bersama yang lain.
Sebagai orang yang bertanggungjawab, Presiden berjumpa dengan ketua operasi untuk memberi penerangan.

"Saya Zam, ketua kumpulan ni" Kata Zam.

"Apa aktivti kamu semua ni ? Kamu semua dari mana?" Sambut Tuan Polis.

"Kita orang buat outing ke cameron, enjoy2 ngan kawan2. Ada yang dari KL, Penang n kebanyakannya dari Ipoh. Ada masalah ke tuan ? Saya dah hubungi IPD Brincang, bertanya tentang prosedur kami mengadakan aktiviti, maklumat yang saya dapat, saya tidak perlukan kebenaran / permit sebab aktiviti kami hanya di dalam banglo ini sahaja. Makluman kat Balai Polis Tanah Rata aje, tapi kalau aktiviti panjat gunung aje la, kalau buat bbq atau hari keluarga, saya dimaklumkan tak perlu lapor ke Balai Polis. Tapi saya dah hantar jugak 1 salinan surat makluman kepada Balai Polis Tanah Rata tengahari tadi" Jelas Zam dengan panjang lebar sambil menunjukkan salinan surat.

"Oh surat ni saya ada terima salainan surat ni" Maklumpegawai polis wanita (Ketua Operasi kot)

Pada masa tu, 1 lelaki meletakkan kit untuk urine test depan kami semua. Di belakang dia orang nampak plak sekumpulan lagi dengan vest tertulis JAIP, rasanya Jabatan agama Islam la tu. Tapi tak enter frame pun.

"Kami dapat maklumat ada aktiviti tidak sihat dilakukan di sini" kata seorang pegawai wanita.

"Kami hanya buat aktiviti BBQ n outing, bercuti di Cameron Highlands aje puan. Tak buat aktiviti yang bukan2 pun." Balas Zam.

"Kami tak nak cameron Highlands jadi pusat aktiviti tak senonoh" Sambung Polis tu lagi.

"aktiviti tak senonoh yang macam mana puan maksudkan ?" Balas Si Zam.

"......" Senyap tiada jawapan daripada pegawai tersebut.

"Tuan saya bagi pihak semua mintak maaf kalau kami ada menggangu atau menyusahkan sesiapa. Kami cuma 1 grup kawan2 yang datang sini untuk berkumpul dan bua aktiviti. Sebelum ni kami buat aktiviti di Ipoh aje, tapi kali ni ada request, kami buat di luar Ipoh, so kami buat la kat Cameron Highlands. Aktiviti kumpulan kami ni banyak tentang awareness of HIV dan AIDS. Petang tadi pun kami ada ssesi talk oleh wakil Majlis AIDS Malaysia. dia ada tido kat dalam bilik dia" Zam dengan penuh semangatnya.

"Ada orang Majlis AIDS sama ?" Tanya pegawai wanita.

"Ada kat dalam. Nak saya panggil ke ?" Balas Zam.

"......" tiada jawapan.

"Aktiviti kamu ni bagus untuk kesedaran HIV/AIDS" Kata tuan polis.

"Kami datang sebab ada maklumat orang ramai. Harap kamu faham ya." Kata puan polis.

"Ya puan saya, faham. Orang complain, puan mesti kene datang check sebab kalau puan tak datang, orang akan kata Polis tak buat kerja." Balas Zam. (matila carot plak)

"Dalam kumpulan ni ada student ?" Tanya puan polis.

"Ada 3 atau 4 orang student IPT puan. Dalam grup ni kebanyakannya dah bekerja. Ada doktor, cikgu n lain2 la" Konfiden jerk si Zam ni.

"Ada doktor jugak ? Yang mana 1?" Balas puan polis.

Sambil menunjuk kan kepada 2 orang doktor yang ada kat situ gak (u know who r u la)
MsM Perak disertai oleh pelbagai peringkat umur dari pelbagai latarbelakang profesion yang berbeza. Harap2 lepas ni lebih ramai lagi yang akan join.

"Baik terima kasih semua. Harap lepas ni daftarkan aje club ni ya" nasihat tuan polis.

"Terima kasih tuan, kami mintak maaf la sebab menyusahkan tuan." Statemen Zam.

"Takpe, kami hanya jalankan tugas."

Last2 JAIP balik macam tu aje. Urin test pun tak jadi dilakukan. Tu la hasil operasi dari IPD Brinchang, Narkotik dan JAIP huhuhu

Besar betol dugaan untuk program kali ni. Dari peringkat perancangan sampailah pelaksanaannya. Penuh dengan dugaan. Tapi kata orang 'there always first time for everthing'.

Sebenarnya info tentang operasi ni, dah diterima oleh Presiden sejam selepas semua peserta check in di Jurina. Kebanyakan Commitee tahu tentang ini. Tapi atas keyakinan dan kekuatan bahawa MsM Perak tidak melakukan apa2 akiviti yang menyalahi undang2, info tidak dimaklumkan pada peserta lain sebab tak nak timbulkan suasana panik dan tak tenteram. Presiden akan bertanggungjawab sekiranya ada apa2 yang berlaku.

Dengan niat yang suci, masalah dapat diatasi. Insiden ini membuktikan sokongan kuat daripada semua Committee dan peserta terhadap MsM Perak. Terima Kasih semua.

Macam tu la antara insiden yang terjadi di Cameron Highlands. Tak berapa ingat detail kejadian, tapi rasanya masing2 yang ada kat situ, ada pengalaman masing2 untuk dikongsi. Banyak lagi insiden lucu n yang tak dapat dilupakan terjadi, tapi biar la peserta2 lain yang kongsikan.
Add la kat Comment k.

BBQ NITE

15.08.2009 (Sabtu)

Jam 7pm, kebanyakan peserta sudah sedia untuk BBQ Nite di belakang banglo. Zamzuri dari MAC turut serta malam tu. Menu BBQ NIte yang disiapkan oleh Raz sedia untuk dibakar. Menu malam tu adalah Ayam Percik, Kentang Jaket, Sosej dan Nasi Goreng Cina (order kat katering). Apek n Nick antara yang paling awal turun dan volunteer untuk bakar ayam (korang memang best).

Semua yang join BBQ nite diminta memakai baju yang ada hood atau sekurang-kurangnya pakai penutup kepala. Rasionalnya, aktiviti BBQ diadakan pada waktu malam dan hujan pula ketika itu di Cameron Highlands. So dengan adanya hood di atas kepala, kurang lah ckit kesejukan dan kepala tidak kene hujan apabila keluar dan masuk ke banglo.

Ucapan aluan turut disampaikan oleh Presiden MsM Perak. Dalam ucapannya, Zam mengucapkan terima kasih kepada semua yang join event outing Cameron Highlands MsM Perak. Zam juga memaklumkan aktiviti2 MsM Perak yang telah dirancang khususnya Program Amal MsM Perak. Peserta juga dipersilakan untuk membuat sumbangan kepada program tersebut melalui tabung yang disediakan.

Aktiviti BBQ NITE di tempat BBQ dihentikan seketika untuk Game Bang. Semua peserta diminta masuk ke dalam banglo untuk Game Bang yang dirancang. Daus Kecik (Tokey Games) menerangkan games pada malam tu adalah Human Knot. Semua peserta dibahagi kepada 4 kumpulan. Dengan arahan yang diberikan peserta akan memagang tangan orang lain dalam kumpulan yang sama secara bersilang. Selepas itu, semua kumpulan perlu meleraikan sambungan tangan menjadi 1 bulatan yang penuh. Yang paling bestnya, kumpulan yang dah habis, kene sebut SANTEK huhuhu. Macam2 aksi n gelagat la. Pastinya boleh buat tersenyum sorang2 bila ingat game ni.

Kemudian 1 lagi game diadakan iaitu Thruth Or Dare. Game yang telah diubahsuai oleh Daus Kecik dan Lie. Part dare agak menyeronokkan, cuma part thruth tu, soalan2 nya kurang menyentap huhuhu apa2 pun semua peserta join dengan sporting sekali. Pastinya tak akan lupa Syah posing diva bottom, Husin carot mak hayam, Pgee n his bulge (erk did i just type bulge?)

Satu lagi slot yang tetap dan mantap MsM Perak ialah sesi pookie2. semua peserta diminta berkumpul semula di BBQ place untuk sesi pookie2. Sementara menunggu semuanya berkumpul, 1 pertemuan telah diadakan di ruang makan antara Zamzuri, wakil dari MAC dan Committee MsM Perak. Pelbagai input diberikan oleh Zamzuri untuk memantapkan lagi aktiviti MsM Perak. So kawan2 semua, just get ready k. Lepas raya nanti program lebih mantap akan diadakan dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia.

Papa Syah (Admin G4M Malay Club) ngan Mr. Presiden (Pic Atas)
Presiden n Vice Presiden Adik Beradik (Pic Bawah)

Kita stop kejap untuk sesi pookie2 dalam next posting (panjang tu)

24 August 2009

Pecah Dara & HIV 101

15.08.2009 (Sabtu)

Perut pun dah kenyang, So aktiviti diteruskan. Lie yang ditugaskan untuk jadik MC sepanjang program sekali lagi main peranan untuk kumpul semua orang kat hall. Lie pass baton kat Daus Kecik untuk aktiviti Pecah Dara. Basicly Pecah Dara ni aktiviti ice breaking untuk suai kenal dengan lebih lagi antara 1 sama lain. Tak grand la guna istilah ice breaking. So namanya ditukar kepada 'Pecah Dara'.
Setiap peserta diberikan 1 magic pen dan sehelai kertas. Nama ditulis di atas kertas dan di tampal di belakang badan. Dalam masa 2 minit, semua peserta perlu meminta peserta lain menulis first impression dia org kat kertas tu.
Macam2 la first impression yang ada huhuhu tapi tak perlu la simpan dalam ati sebab tu semua adalah apa yang kawan2 kita fikirkan tentang kita, first impression kawan2 kita kat kita. So take it positif k.
Dengan jumlah tulisan paling banyak, Lie menang dalam slot Pecah Dara. Mungkin sebab badan dia besor, so ramai la yang nampak dia huhuhu

Memang pecah perut tengok gelagat Gufie (kau memang happenning) kelam kabut carik org tulis kat kertas dia masa Daus Kecik kata masa nak tamat.

Selesai aktiviti Pecah Dara, slot diserahkan kepada Zamzuri dari MAC untuk sesi HIV 101. Macam2 info yang diberikan dalam gaya bersahaja. Banyak slot game diadakan untuk memeriahkan suasana. Selain talk dan games, aktiviti perbincangan dalam kumpulan turut diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan seberapa banyak soalan berkaitan HIV/AIDS. Setiap soalan dijawab oleh Zamzuri bagi memberi informasi yang diinginkan oleh semua peserta.

Masa agak suntuk untuk lebih info disalurkan berkaitan HIV/AIDS. Kami kena bagi slot yang lebih banyak untuk masa depan. Nampaknya slot bersama MAC banyak memberi pengetahuan kepada peserta. Kami bercadang akan mengadakan satu sesi latihan bersama MAC....tunggu k.

Selesai program bersama MAC, cenderahati diberikan kepada Zamzuri sebagai tanda kenangan dari MsM Perak. Sesi minum petang turun disediakan oleh Raz n Fit. Walaupun minum petang tidak masuk dalam budget, tapi kami tetap sediakan untuk semua yang terlibat.

Masing2 dah kelihatan letih. So peluang berehat diberikan kepada semua. Jam 7pm nanti aktiviti BBQ Nite akan dimulakan.