Pagi tu, kami breakfast bihun goreng di Club House. Sebanyak 35 bungkus bihun ditempah untuk semua peserta yang join outing Cameron Highlands. Thanks untuk Fit yang uruskan breakfast pagi tu.
Sementara yang lain-lain bersiap dan sarapan pagi, sekali lagik Committee MsM Perak berkumpul di atas (Tak abih2 miting deme ni). Sebenarnya Committee semua agak risau dengan program ni sebab tu la banyak kali Committee berkumpul untuk berkongsi apa yg patut.
Rileks2 Lepas Breakfast (Gambar Atas)
Selepas semuanya siap, 1 sesi taklimat diadakan untuk bahagi2 peserta kepada kereta2 dan aturan untuk konvoi ke Cameron Highlands. Tiada sebarang bantahan dikemukakan sewaktu penyusunan peserta untuk car pool konvoi. Semua pemandu juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak memotong kereta Presiden yang mengetuai konvoi (Mati la korang kene bawak slow aje huhuhu)
Selesai sesi taklimat, masing2 bergerak ke kenderaan yang ditetapkan. Susunan kenderaan adalah seperti berikut;
Kereta 1 = Zam n Fit
Kereta 2 = Zul n Raz
Kerata 3 = Daus Besar n Hyrie
Kerata 4 = Husin, Papa Syah n Gufie
Kereta 5 = Keong, Ali n Heiri
Kereta 6 = Atta, Nick, Eiji
Kerata 7 = Ding n Anaqi
Kereta 8 = Syah, Wardy n Syarul
Kerata 9 = Daus Kecik, Nix n Pgee
Kereta 10 = Lie n wan
10 kereta konvoi daripada Ipoh. Apek n Apit plak gerak dari KL terus ke Cameron Highlands.
Macam biasa la, planning tak pernah boleh on time. Cadangan awal pergerakan konboi bermula jam 9am. tapi sebab masing2 dengan perangai masing2, jam 10am, konvoi memulakan perjalanan.
Macam biasa la, planning tak pernah boleh on time. Cadangan awal pergerakan konboi bermula jam 9am. tapi sebab masing2 dengan perangai masing2, jam 10am, konvoi memulakan perjalanan.
Dari Club House, semua kereta RV di Shell berhampiran Taman Sri Botani sebab ada yang nak isi minyak.
Selepas semua kereta selesai mengisi minyak, konvoi ke Cameron Highlands dimulakan. Dengan Kereta Kancil Presiden di depan, diikuti dengan kereta2 yang lain. Dengan kelajuan 60km/j, perjalanan berjalan lancar. Semua kereta turut dihiasi bunga riben yang disediakan Raz. Rasa macam konvoi rombongan pengantin plak sebab semua kereta ada riben biru kat aerial. Terima kasih kat Raz yang susah payah buat bunga tu.
Barisan Kereta Konvoi MsM Perak ke Cameron Highlands (Gambar Bawah)
1 comment:
terima kasih kat Dr syah n wardy kerna bagi tumpang , kepada Daus besar tima acih krna bagi tmpat bermlm , pada Daus kecik dia are great campanion semasa trn dari cameron ok tq all
Post a Comment