24 August 2009

Pecah Dara & HIV 101

15.08.2009 (Sabtu)

Perut pun dah kenyang, So aktiviti diteruskan. Lie yang ditugaskan untuk jadik MC sepanjang program sekali lagi main peranan untuk kumpul semua orang kat hall. Lie pass baton kat Daus Kecik untuk aktiviti Pecah Dara. Basicly Pecah Dara ni aktiviti ice breaking untuk suai kenal dengan lebih lagi antara 1 sama lain. Tak grand la guna istilah ice breaking. So namanya ditukar kepada 'Pecah Dara'.
Setiap peserta diberikan 1 magic pen dan sehelai kertas. Nama ditulis di atas kertas dan di tampal di belakang badan. Dalam masa 2 minit, semua peserta perlu meminta peserta lain menulis first impression dia org kat kertas tu.
Macam2 la first impression yang ada huhuhu tapi tak perlu la simpan dalam ati sebab tu semua adalah apa yang kawan2 kita fikirkan tentang kita, first impression kawan2 kita kat kita. So take it positif k.
Dengan jumlah tulisan paling banyak, Lie menang dalam slot Pecah Dara. Mungkin sebab badan dia besor, so ramai la yang nampak dia huhuhu

Memang pecah perut tengok gelagat Gufie (kau memang happenning) kelam kabut carik org tulis kat kertas dia masa Daus Kecik kata masa nak tamat.

Selesai aktiviti Pecah Dara, slot diserahkan kepada Zamzuri dari MAC untuk sesi HIV 101. Macam2 info yang diberikan dalam gaya bersahaja. Banyak slot game diadakan untuk memeriahkan suasana. Selain talk dan games, aktiviti perbincangan dalam kumpulan turut diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan seberapa banyak soalan berkaitan HIV/AIDS. Setiap soalan dijawab oleh Zamzuri bagi memberi informasi yang diinginkan oleh semua peserta.

Masa agak suntuk untuk lebih info disalurkan berkaitan HIV/AIDS. Kami kena bagi slot yang lebih banyak untuk masa depan. Nampaknya slot bersama MAC banyak memberi pengetahuan kepada peserta. Kami bercadang akan mengadakan satu sesi latihan bersama MAC....tunggu k.

Selesai program bersama MAC, cenderahati diberikan kepada Zamzuri sebagai tanda kenangan dari MsM Perak. Sesi minum petang turun disediakan oleh Raz n Fit. Walaupun minum petang tidak masuk dalam budget, tapi kami tetap sediakan untuk semua yang terlibat.

Masing2 dah kelihatan letih. So peluang berehat diberikan kepada semua. Jam 7pm nanti aktiviti BBQ Nite akan dimulakan.

No comments: