30 August 2009

Checking...Checking.... huhuhu

Selesai miting Committee MsM Perak dengan Zamzuri dari MAC, sesi pookie2 diadakan.
macam biasa MC pookie2 lie take over the stage di tempat BBQ.

Topik pertama - Apa yang membuatkan ko seorang diva?
Macam biasa 1 round sesi pookie2 semua masih tak berapa warm up. Tapi macam2 pendapat diketengahkan. Habis 1 round semua memberi pendapat.

Topik kedua - Apa yang korang rasa, bila kene reject ?
Baru 3 orang memberi pendapat, tiba2 datang sekumpulan lelaki perempuan meminta kami mengeluarkan kad pengenalan masing2 (aku tak ingat plak ada tak dia org memperkenalkan diri dan menunjuk kad kuasa) yang pastinya ada lambang polis di baju dia org.

Nampaknya kene raid plak aktiviti MsM Perak kali ni.

Ramai yang masuk ke dalam banglo untuk mengambil banglo untuk mengambil kad pengenalan masing2. Nampak jelas air muka risau di semua peserta.

Dalam kebimbangan, Gufie dengan muka cuak tahap dewa, beritahu dia takde IC sebab hilang. Ada jugak yang mencadangkan Gufie menyorok kat dalam almari (huhuhu...ko hengat dia tu Indon ke ?) Tapi dengan konfiden Gufie keluar balik bersama yang lain.
Sebagai orang yang bertanggungjawab, Presiden berjumpa dengan ketua operasi untuk memberi penerangan.

"Saya Zam, ketua kumpulan ni" Kata Zam.

"Apa aktivti kamu semua ni ? Kamu semua dari mana?" Sambut Tuan Polis.

"Kita orang buat outing ke cameron, enjoy2 ngan kawan2. Ada yang dari KL, Penang n kebanyakannya dari Ipoh. Ada masalah ke tuan ? Saya dah hubungi IPD Brincang, bertanya tentang prosedur kami mengadakan aktiviti, maklumat yang saya dapat, saya tidak perlukan kebenaran / permit sebab aktiviti kami hanya di dalam banglo ini sahaja. Makluman kat Balai Polis Tanah Rata aje, tapi kalau aktiviti panjat gunung aje la, kalau buat bbq atau hari keluarga, saya dimaklumkan tak perlu lapor ke Balai Polis. Tapi saya dah hantar jugak 1 salinan surat makluman kepada Balai Polis Tanah Rata tengahari tadi" Jelas Zam dengan panjang lebar sambil menunjukkan salinan surat.

"Oh surat ni saya ada terima salainan surat ni" Maklumpegawai polis wanita (Ketua Operasi kot)

Pada masa tu, 1 lelaki meletakkan kit untuk urine test depan kami semua. Di belakang dia orang nampak plak sekumpulan lagi dengan vest tertulis JAIP, rasanya Jabatan agama Islam la tu. Tapi tak enter frame pun.

"Kami dapat maklumat ada aktiviti tidak sihat dilakukan di sini" kata seorang pegawai wanita.

"Kami hanya buat aktiviti BBQ n outing, bercuti di Cameron Highlands aje puan. Tak buat aktiviti yang bukan2 pun." Balas Zam.

"Kami tak nak cameron Highlands jadi pusat aktiviti tak senonoh" Sambung Polis tu lagi.

"aktiviti tak senonoh yang macam mana puan maksudkan ?" Balas Si Zam.

"......" Senyap tiada jawapan daripada pegawai tersebut.

"Tuan saya bagi pihak semua mintak maaf kalau kami ada menggangu atau menyusahkan sesiapa. Kami cuma 1 grup kawan2 yang datang sini untuk berkumpul dan bua aktiviti. Sebelum ni kami buat aktiviti di Ipoh aje, tapi kali ni ada request, kami buat di luar Ipoh, so kami buat la kat Cameron Highlands. Aktiviti kumpulan kami ni banyak tentang awareness of HIV dan AIDS. Petang tadi pun kami ada ssesi talk oleh wakil Majlis AIDS Malaysia. dia ada tido kat dalam bilik dia" Zam dengan penuh semangatnya.

"Ada orang Majlis AIDS sama ?" Tanya pegawai wanita.

"Ada kat dalam. Nak saya panggil ke ?" Balas Zam.

"......" tiada jawapan.

"Aktiviti kamu ni bagus untuk kesedaran HIV/AIDS" Kata tuan polis.

"Kami datang sebab ada maklumat orang ramai. Harap kamu faham ya." Kata puan polis.

"Ya puan saya, faham. Orang complain, puan mesti kene datang check sebab kalau puan tak datang, orang akan kata Polis tak buat kerja." Balas Zam. (matila carot plak)

"Dalam kumpulan ni ada student ?" Tanya puan polis.

"Ada 3 atau 4 orang student IPT puan. Dalam grup ni kebanyakannya dah bekerja. Ada doktor, cikgu n lain2 la" Konfiden jerk si Zam ni.

"Ada doktor jugak ? Yang mana 1?" Balas puan polis.

Sambil menunjuk kan kepada 2 orang doktor yang ada kat situ gak (u know who r u la)
MsM Perak disertai oleh pelbagai peringkat umur dari pelbagai latarbelakang profesion yang berbeza. Harap2 lepas ni lebih ramai lagi yang akan join.

"Baik terima kasih semua. Harap lepas ni daftarkan aje club ni ya" nasihat tuan polis.

"Terima kasih tuan, kami mintak maaf la sebab menyusahkan tuan." Statemen Zam.

"Takpe, kami hanya jalankan tugas."

Last2 JAIP balik macam tu aje. Urin test pun tak jadi dilakukan. Tu la hasil operasi dari IPD Brinchang, Narkotik dan JAIP huhuhu

Besar betol dugaan untuk program kali ni. Dari peringkat perancangan sampailah pelaksanaannya. Penuh dengan dugaan. Tapi kata orang 'there always first time for everthing'.

Sebenarnya info tentang operasi ni, dah diterima oleh Presiden sejam selepas semua peserta check in di Jurina. Kebanyakan Commitee tahu tentang ini. Tapi atas keyakinan dan kekuatan bahawa MsM Perak tidak melakukan apa2 akiviti yang menyalahi undang2, info tidak dimaklumkan pada peserta lain sebab tak nak timbulkan suasana panik dan tak tenteram. Presiden akan bertanggungjawab sekiranya ada apa2 yang berlaku.

Dengan niat yang suci, masalah dapat diatasi. Insiden ini membuktikan sokongan kuat daripada semua Committee dan peserta terhadap MsM Perak. Terima Kasih semua.

Macam tu la antara insiden yang terjadi di Cameron Highlands. Tak berapa ingat detail kejadian, tapi rasanya masing2 yang ada kat situ, ada pengalaman masing2 untuk dikongsi. Banyak lagi insiden lucu n yang tak dapat dilupakan terjadi, tapi biar la peserta2 lain yang kongsikan.
Add la kat Comment k.

3 comments:

eiji said...

sume berdebar2 time papa syah naek hangen..seb bek tak terbalik meja sume..mowtif diketahui..,hny sbb die nye turn tuk pookie2 kne potong dek polis2 ittew..isyh2

MsMPerak said...

huhuhu

FaizjB said...

sapa lah ekk
yg fikir -ve kasi report sama polis..
ish..
sib baik korang semua dah siap perisai