28 July 2010

Lawatan Ke PKI, Teluk Intan

25.07.2010 (Ahad)

Setelah planning lebih kurang seminggu, Zam, Fit n Anaqi mewakili MsMPerak telah mengadakan lawatan ke Drop-in Centre Pertubuhan Komuniti Intan yang terletak di No. 119, Jalan Denai Intan, Bandar Baru Teluk Intan, Perak.

Kami disambut mesra oleh Pn Hjh Suraban ketika sampai di Teluk Intan. Di atas meja siap terhidang pelbagai jenis makanan. Sungguh tak disangka, sebahagian pengurusan PKI turut sama dalam pertemuan tersebut.

Terima kasih kepada Tn Hj Roslan, Pengerusi PKI dan semua pengurusan PKI kerana sudi meluangkan masa rehat pada hari ahad untuk bertemu kami.

PKI adalah sebuah pertubuhan yang berpusat di Teluk Intan dan mempunyai pusat persinggahannya sendiri dan staff full time yang akan membantu mereka yang datang untuk mendapatkan khidmat. Perkhidmatan kaunseling turut diadakan disini. Kepada rakan2 yang inginkan bantuan PKI, boleh berhubung terus dengan PKI atau hubungi kami.

Pelbagai perkara telah dibincangkan khususnya berkaitan proses pendaftaran kelab dan aktiviti yang boleh dijalankan.

MsMPerak berasa amat berbangga kerana dapat mengenali, mendekati dan berkongsi idea dan pandangan bersama-sama PKI. MsMPerak juga akan mengaturkan sesi talks di antara MsMPerak dan PKI. MsMPerak jugak ingin bekerjasama dengan PKI dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap HI/AIDS.

Diharapkan kerjasama yang telah dimulakan akan berkekalan.

Perjalanan ke Teluk Intan dimulakan dengan sarapan pagi di Ipoh.


Pelbagai hidangan telah siap di atas meja. Terima Kasih Puan Suraban.


Tn Hj Roslan, Pengerusi PKI berkongsi ilmu dan pengalaman.


Sambil makan, sambil sembang dan berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dilakukan di antara MsMPerak dan PKI.



Group Photo MsMPerak dan pengurusan PKI. Terima kasih semua.


Keadaan di dalam Drop-in Centre PKI. Lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan ahli dan mereka yang mendapatkan khidmat PKI.

Terima kasih Pertubuhan Komuniti Intan atas layanan mesra yang diberikan.

Jangan lupa 07.08.2010 (Sabtu). Jom join event Pertubuhan Komuniti Intan di Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah, Sungkai.

Bayaran masuk ke TRAP Sg. Klah = RM10.00

Kita berkumpul di Pintu masuk TRAP Sg. Klah pada jam 10am.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

Inilah peluang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka yang dijangkiti virus HIV.

Lebih 60 orang telah comfirm akan join event ini.

Jumpa kat sana k

Post Mortem....

23.07.2010 (Jumaat)
Club House MsMPerak
11.00pm

Setelah event berlangsung, inilah kesempatan yang ada untuk mengadakan meeting. Meeting Committee 4/2010 digunakan untuk post mortem event 1 Love 2 Gather. Meeting yang panas. Berbeza dengan 3 meeting committee yang lepas. Semua bagi pendapat masing-masing, sesuatu yang sangat baik untuk committee sebab semua terlibat beri pandangan.

Post mortem bukan untuk cari salah orang, tapi untuk baiki kelemahan yang ada. Baiki kelemahan yang ada akan buat event MsMPerak lebih grand pada masa akan datang. Antara hasil post mortem;


1. Sumbangan anak yatim kurang memberangsangkan sebab event dibuat bukan pada bulan puasa sebab dalam bulan puasa orang lebih nak bg sumbangan.

2. Kurang penyertaan sebab ada cerita-cerita negatif yang disebarkan terhadap MsMPerak.

3. Ahli MsMPerak tidak bercampur dengan anak-anak yatim ketika makan

4. Katering tak bawa peralatan yang lengkap ke Rumah Budi Mulia Nurul Huda

5. Ahli MsMPerak tak join semua program bersama anak yatim seperti tazkirah




6. Tiada penyambut tamu untuk peserta bowling.

7. Air & snacks tidak disediakan ketika bowling.

8. Berlaku communication breakdown menyebabkan committee lain tidak tahu tentang planning program dan tugas yang patut dilakukan semasa program berjalan.

9. Pertandingan bowling bermula lambat dari planning menyebabkan permainan lambat habis dan lambat ke lokasi hi-tea.






10. Majlis Hi-tea bermula lambat sebab bowling habis lambat.

11. Meja buffet Hi-tea di luar menyebabkan tetamu perlu keluar n masuk dewan. Sepatutnya meja buffet di dalam ruang yang sama.

12. Meja VIP Hi-Tea terlalu ke depan dewan. Bahagian belakang masih lagik luas. Lokasi Meja VIP tidak sesuai.

13. Tidak sesuai mengadakan slot ucapan ketika tetamu sedang makan.

14. Kerja-kerja seperti plat event Hi-tea dan slide pelancaran logo dibuat last minit menyebabkan hasilnya tidak grand.

15. Tiada group photo untuk semua event.



Cadangan penambahbaikan;

1. Komitmen sepenuhnya dari semua committee untuk buat event lagi grand.

2. Mengadakan event bersama anak yatim di luar dari rumah anak-anak yatim.

3. Mengadakan aktiviti kebajikan dengan golongan lain seperti orang-orang tua dan pusat serenti

4. Buat event yang 'fun'.

5. Tanggungjawab yang telah diberikan untuk sesuatu event, hendaklah dibuat hingga selesai.

6. Menyelesaikan masalah communication atau rasa tidak puas hati dengan secepatnya dan dengan cara yang profesional.







Committee MsMPerak akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan something yang luar biasa. MsMPerak mahu menjadi sebuah kelab yang hebat. Semua pandangan dan teguran committee akan diminitkan dan diambil tindakan oleh semua committee.

Semua committee perlu berfikiran terbuka menerima teguran dan pandangan orang lain. Ketepikan emosi dan masalah peribadi.....

"Sungguh aku bukan wali, yang suci dari hina dan benci"

26 July 2010

Pertemuan Cluster MSM, MAC

17.07.2010

Selamat datang ke Ipoh Mr. Shahrani n Mr. Jeffry dari Cluster MSM, Majlis AIDS Malaysia yang telah drop by di Ipoh setelah tamat program di Penang. Pertemuan telah diatur dan disertai sebahagian besar Committee MsMPerak.

Dari Oldtown White Coffee untuk minum petang ke Kedai ' anak ikan' untuk makan malam.

Banyak perkara telah dibincangkan khususnya hal 'funding' dan aktiviti. Tindakan susulan akan dibuat MsMPerak untuk memantapkan organisasi dan aktiviti.








Terima kasih Mr. Shah n Mr. Jeff kerana sudi bertemu kami di Ipoh. Diharapkan tidak serik untuk bertandang lagi ke Ipoh. Semoga kita akan terus bekerjasama demi mencapai matlamat.
Stop AIDS. Keep The Promise.

Eksplorasi Tari... Zara

17.07.2010

Taman Budaya, Ipoh, Perak

Sempena program Tari Eksplorasi 2010, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, kami telah meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan Negeri Perak untuk menyokong Committee MsmPerak yang turut terlibat dalam program tersebut.









Semoga seni budaya Perak terus dimartabatkan.....

Happy Birthday Fit

12.06.2010
Dulang Coffee House, Hotel Excelsior, Ipoh

Sebahagian daripada planning program 1 Love 2 Gather, committee MsMPerak telah ke Hotel Excelsior untuk mencuba rasa makanan yang dihidangkan untuk event tersebut.

Kesempatan itu juga yang digunakan Presiden untuk plan suprise birthday celebration utk Fit yang telah menyambut birthday yang ke..... pada 09.06.2010. Tq pada semua yang join.


Thanks to Keong yang dah booking tempat untuk planning ni.

Aiman Haqimy, Paktam n sham pun join skali

Presiden yang rancang semua bersama Committee MsMPerak,
berkomplot simpan rahsia



Macam diva la plak huhuhu
Kalau nak tahu umur Fit, kira sendiri lilin di atas kek coklat berbentuk love yang ditempah sendiri oleh Presiden. Siap ada Pooh lagi...


Fit n Presiden, always happy together dengan kawan-kawan



"Kasih Sayang... Senyum Mesra...Bersama... Gurau Senda... Pujuk Rayumu..."
(Dato Siti Nurhaliza
)






Fit dengan Hadiah Daripada Hati. Lion dari Aiman Haqimy n Bunga dari Presiden. Diva tak boleh handle gift peminat.


Matahari Masih Jingga...
Menyala Cinta Bagai Bara...
Perjanjian Kita Berdua...
Kekal Selama...
Berdua...
Berdoa...
Bersama Sayang...