Bismillahirrahmanirrahim
Mereka Meragui Wujudnya Cinta Yang Sejati
Tidak Hati Ini
Semenjak Dari Mula Ku Yakin Ada Cinta
Cintalah Yang Memungkinkan Segala
Kerana Cinta Itulah Kami Di Sini
Kerana Cinta Itulah Kami Bersatu
Dalam Sambutan Ulangtahun MsMPerak
Dengan Tema 1 Love 2 Gather
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia
Terima Kasih Pengerusi Majlis
Yang Dihormati Saudara Jefry Pardan, Wakil Cluster MSM Majlis AIDS Malaysia
Yang Berusaha Puan Suraban Hamid, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Intan
Mr William Balasingam, Representative From Buddies Of Ipoh
Yang Dikasihi Keluarga MsMPerak
Serta Yang Disayangi Rakan-Rakan MsMPerak
Mimpiku Semalam Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir Ku Damba
Pertamanya Syukur Kehadrat Ilahi Kerana Hari Ini, Genap Setahun MsMPerak Memulakan Langkah Menganjurkan Program. Mengimbau 4 Julai 2009, MsmPerak Memulakan Program Di Lost World Of Tambun. Kini Setelah Setahun Berlalu, MsMPerak Terus Aktif Menjayakan Program.
Ku Sunyi Dalam Gembira
Perit Pedih Tanggung Derita
Sungguh Aku Bukan Wali
Yang Suci Dari Hina Dan Benci
Terlalu Besar Cabaran Bagi Kami Menganjurkan Program Ini. Bukan Kecil Langkah Ini, Bukan Sedikit Juga Usaha Kami. Tapi KetentuanNya Dengan Hati Yang Ikhlas Dan Semangat Kerjasama, Inilah Hasilnya. Cabaran Yang Paling Besar Untuk Menarik Minat Orang Ramai Khususnya Komuniti msm Sendiri Untuk Menyertai Program. Namun Ia Bukanlah Pematah Semangat Untuk Kami Terus Dengan Matlamat Dan Objektif Penubuhan MsMPerak.
Suka Saya Menarik Perhatian Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian, Ramai Yang Bertanya, MsMPerak Tu Apa ? Apa Maksud MsMPerak ? Berilah Apa Pun Definisi Untuk MsMPerak, Namun Ia Tidak Akan Mengubah Objektif Penubuhan Kumpulan Ini, Untuk Menyokong Usaha Kesedaran Terhadap HIV Dan AIDS. Selagi Masih Ada Golongan MSM Yang Tidak Mengamalkan Gaya Hidup Sihat, Selagi Itu, Kami Akan Berpegang Pada Misi. Kami Tidak Mahu Ada Rakan-Rakan MSM Di Negeri Perak Yang Menyumbang Kepada Statistik HIV/AIDS Malaysia.
Tema 1 Love 2 Gather Dipilih Atas Dasar Misi MsMPerak Yang Ingin Menyatukan Golongan MSM, Bukan Sahaja Di Negeri Perak, Malahan Seluruh Malaysia. Bukan Mudah Usaha Ini, Namun Tidak Juga Kami Mengambilnya Mudah.
Majlis Ini Adalah Kemuncak Sambutan Ulangtahun Pertama Pembentukkan MsMPerak. Semalam Kita Telah Berkumpul Di Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda Dalam Malam Tahajjud Cinta, Majlis Tahlil Dan Doa Selamat. Pagi Tadi, Pertandingan Bowling Destinasi Cinta Telah Diadakan. Terima Kasih Kepada Semua Yang Telah Memeriahkan Acara Kami. Sekarang Kita Berkumpul Dalam Jamuan Hi-tea Sejak Mula Kupercaya Ada Cinta.
Pandang-Pandang Alam Ini
Sambil Pandang Difikiri
Saya Bagi Pihak MsMPerak Mohon Agar Kesungguhan Dan Komitmen Kami Di Pandang, sambil Pandang dibantui. Masalah Utama Kami Adalah Masalah Funding Yang Amat Terhad. Namun Untuk Mengatasi Masalah Ini, Kami Telahpun Sepakat Untuk Mendaftarkan MsMPerak dengan Pendaftar Pertubuhan. Proses Telah Pun Bermula. Diharapkan Dalam Tempoh Terdekat Ini, MsMPerak akan Menjadi Kelab MSM Pertama Yang didaftarkan Secara Rasmi Dengan Pendaftar Pertubuhan.
Bukan Kecil Langkah Yang Diatur, Bukan Besar Taruhan Dicatur. Namun Atas Semangat Kerjasama, Insya Allah Semuanya Akan Berjalan Lancar.
Dikesempatan Ini Saya Selaku Presiden MsMPerak Ingin Merakamkan Jutaan Penghargaan Buat Majlis Aids Malaysia Yang Menyokong Usaha Kami, PT Foundation Atas Komitmen Yang Diluahkan. Juga Penghargaan Buat Buddies Of Ipoh Dan Pertubuhan Komuniti Intan Yang Turut Memberi Laluan Kepada MsMPerak Bergandingan Dalam Usaha Memberi Kesedaran Terhadap HIV Dan AIDS. Terima Kasih Juga Buat Pejabat Kesihatan Kinta. Diharapkan Kerjasama Ini Akan berkekalan Dan Berterusan. Terima Kasih Juga Kepada Rakan-Rakan Yang Sudi Menghulurkan Bantuan Dan Sumbangan Kepada MsMPerak. Budi Kalian Amat Saya Hargai.
Sukacita Juga Saya Ingin Mengundang Majlis AIDS Malaysia, PT Foundation, Buddies Of Ipoh, Pertubuhan Komuniti Intan, Pejabat Kesihatan Kinta, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Semua Untuk Bersama-Sama MsMPerak Meraikan Hari AIDS Sedunia Di Pulau Pangkor Pada Disember Nanti, Insya Allah.
Saya Juga Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Seluruh Keluarga MsMPerak Yang Sangat Saya Sayangi. Kalau Boleh Saya Ingin Meminta Seluruh Keluarga MsMPerak Untuk Ke Depan Dan Bersama-Sama Saya Di Sini;
Persilakan Timbalan Presiden, Raz. Yang Juga Pengarah Program Pertandingan Bowling Destinasi Cinta. Raz, Kita Tak Gaduhkan?
Fazly, Setiausaha Yang Kebolehannya Belum Diuji.
Mr Keong, Bendahari Yang Banyak Melabur Untuk MsMPerak. Hopefully More To Come.
Timbalan Bendahari, Hafiz Yang Juga Pengarah Program Sejak Mula Kupercaya Ada Cinta
Dipersilakan Juga, Azhar, AJK Aktiviti MsmPerak
Anaqi, AJK Perhubungan MsMPerak Yang Juga Ahli Keluarga Paling Muda.
Seorang Lagi Ahli Keluarga MsMPerak, Zul, Yang Juga AJK Penerangan Tidak Dapat Bersama-Sama Dengan Kita Pada Hari Ini Kerana Berkursus Di Kelantan.
Saya Juga Persilakan Lie, Correspondant MsMPerak Di Penang Yang Terus Bersama Kami Dari Mula Dulu
Daus, AJK Pendidikan Yang Kini Berstatus Correspondant MsMPerak Pantai Timur Kerana Melanjutkan Pelajaran Di Sana
Dan Achik Papa Syah, Yang Juga Correspondant MsMPerak di Laman Sosial Planetromeo
Atta, Correspondant MsMPerak KL Tidak dapat Bersama-Sama Kita Pada Hari Ini.
Dan Yang Utama, Sumber Inspirasi Dan Kekuatan Saya Untuk Terus Menjayakan MsMPerak, Orang Yang Sentiasa Menyokong Dan Membantu, Yang Setia Menemani Masa Suka Duka. Seorang Sahabat, Kekasih Dan Teman. Saya Perkenalkan Fit Yang Juga Urusetia MsMPerak, Pengarah Program Malam Tahajjud Cinta. Love U Sayang.
Pandanglah Kami. Satu Dalam Seribu, Yang Percaya MsMPerak Mampu Membawa Perubahan Kerana;
Sejak Mula Ku Percaya Ada Cinta
Cinta Itu Memungkinkan Segalanya
Cinta Suci Dan Abadi
Stop AIDS. We Will Keep Our Promise.
Sekian Wabilahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmaturallah Hiwabarakatuh, Terima kasih
No comments:
Post a Comment