Pada 05.06.2010, Committee MsMPerak telah berkunjung ke Centre Buddies Society Of Ipoh (Buddies) yang terletak di 106, Jalan Carlos, Ipoh, Perak. Lokasinya betul-betul di belakang Hospital Fatimah, Ipoh.
MsMPerak diwakili Zam, fazly, Keong, Fit, Zul & Anaqi. Pertemuan dengan Puan Afizah, Pengerusi Buddies dan 2 orang committee Buddies adalah pertemuan rasmi yang pertama di antara MsMPerak dan Buddies.
Antara perkara yang dibincangkan adalah aktiviti yang boleh disertai oleh MsMPerak bersama Buddies serta beberapa hal lain.Buddies juga sedia membantu MsMPerak sekiranya ada ahli yang ingin menjalani ujian HIV.
Terima kasih kepada Buddies Society Of Ipoh specially Puan Afizah kerana sudi bekerjasama dengan kami.
Pada 06.07.2010, Zam, Fit, Zul, Hafiz & Anaqi telah join team Outreach Buddies di sekitar Bandar Ipoh. Tujuan kami join aktiviti ini adalah untuk mendapat pengalaman n knowledge menjalankan outreach. Diharapkan outreach MsMPerak akan dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat, memandangkan Outreach Buddies hanya bertumpu kepada golongan SW & TS sahaja.
Stop AIDS. Keep The Promise.
No comments:
Post a Comment