28 July 2010

Post Mortem....

23.07.2010 (Jumaat)
Club House MsMPerak
11.00pm

Setelah event berlangsung, inilah kesempatan yang ada untuk mengadakan meeting. Meeting Committee 4/2010 digunakan untuk post mortem event 1 Love 2 Gather. Meeting yang panas. Berbeza dengan 3 meeting committee yang lepas. Semua bagi pendapat masing-masing, sesuatu yang sangat baik untuk committee sebab semua terlibat beri pandangan.

Post mortem bukan untuk cari salah orang, tapi untuk baiki kelemahan yang ada. Baiki kelemahan yang ada akan buat event MsMPerak lebih grand pada masa akan datang. Antara hasil post mortem;


1. Sumbangan anak yatim kurang memberangsangkan sebab event dibuat bukan pada bulan puasa sebab dalam bulan puasa orang lebih nak bg sumbangan.

2. Kurang penyertaan sebab ada cerita-cerita negatif yang disebarkan terhadap MsMPerak.

3. Ahli MsMPerak tidak bercampur dengan anak-anak yatim ketika makan

4. Katering tak bawa peralatan yang lengkap ke Rumah Budi Mulia Nurul Huda

5. Ahli MsMPerak tak join semua program bersama anak yatim seperti tazkirah




6. Tiada penyambut tamu untuk peserta bowling.

7. Air & snacks tidak disediakan ketika bowling.

8. Berlaku communication breakdown menyebabkan committee lain tidak tahu tentang planning program dan tugas yang patut dilakukan semasa program berjalan.

9. Pertandingan bowling bermula lambat dari planning menyebabkan permainan lambat habis dan lambat ke lokasi hi-tea.






10. Majlis Hi-tea bermula lambat sebab bowling habis lambat.

11. Meja buffet Hi-tea di luar menyebabkan tetamu perlu keluar n masuk dewan. Sepatutnya meja buffet di dalam ruang yang sama.

12. Meja VIP Hi-Tea terlalu ke depan dewan. Bahagian belakang masih lagik luas. Lokasi Meja VIP tidak sesuai.

13. Tidak sesuai mengadakan slot ucapan ketika tetamu sedang makan.

14. Kerja-kerja seperti plat event Hi-tea dan slide pelancaran logo dibuat last minit menyebabkan hasilnya tidak grand.

15. Tiada group photo untuk semua event.



Cadangan penambahbaikan;

1. Komitmen sepenuhnya dari semua committee untuk buat event lagi grand.

2. Mengadakan event bersama anak yatim di luar dari rumah anak-anak yatim.

3. Mengadakan aktiviti kebajikan dengan golongan lain seperti orang-orang tua dan pusat serenti

4. Buat event yang 'fun'.

5. Tanggungjawab yang telah diberikan untuk sesuatu event, hendaklah dibuat hingga selesai.

6. Menyelesaikan masalah communication atau rasa tidak puas hati dengan secepatnya dan dengan cara yang profesional.







Committee MsMPerak akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan something yang luar biasa. MsMPerak mahu menjadi sebuah kelab yang hebat. Semua pandangan dan teguran committee akan diminitkan dan diambil tindakan oleh semua committee.

Semua committee perlu berfikiran terbuka menerima teguran dan pandangan orang lain. Ketepikan emosi dan masalah peribadi.....

"Sungguh aku bukan wali, yang suci dari hina dan benci"

No comments: