SEJAK MULA...KUPERCAYA ADA CINTA
04.07.2010 (Ahad)
2.30pm - 5.30pm
Emperor Room, Hotel Excelsior, Ipoh
Goodies MsMPerak & Pamplet HIV/AIDS turut diberikan kepada hadirin.
Majlis dimulakan dengan aluan oleh Pengarah Program Jamuan Hi-tea Sejak Mula... Kupercaya ada Cinta, Nor Hafiz ghani dan persembahan slide Tahajjud Cinta yang memaparkan simptom HIV/AIDS. Selepas itu, para hadirin dipersilakan menikmati hidangan yang telah disediakan. Cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan majlis. Sambil menikmati jamuan, Encik William Balasingam, wakil Buddies Of Ipoh dipersilakan untuk memperkenalkan Buddies Of Ipoh kepada para hadirin. Encik William Balasingam menerangkan matlamat dan peranan Buddies Of Ipoh serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Buddies Of Ipoh. Encik William juga mempersilakan sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau ingin menjalani ujian pemeriksaan HIV, agar menghubungi pihak Buddies Of Ipoh.
Majlis diteruskan dengan ucapan Encik Jeffry Pardan, wakil Cluster MSM, Majlis AIDS Malaysia. Selepas itu, tayangan slide Destinasi Cinta memaparkan aktiviti-aktiviti MsmPerak sejak setahun yang lalu diadakan. Sekali lagi cabutan bertuah diadakan selepas persembahan slide tamat.
Kemudian Presiden MsMPerak dipersilakan untuk menyampaikan ucapan. Presiden mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program Ulangtahun Pertama Penubuhan MsMPerak dengan tema ' 1 Love 2 Gather '. Presiden juga memaklumkan bahawa RadioCTFM.com turut menyokong program MsMPerak dengan memuatkan iklan di laman web rasmi radio internet tersebut. Sekali lagi Presiden mengambil peluang menjelaskan maksud, matlamat dan objektif penubuhan MsMPerak kepada hadirin. Presiden juga menjelaskan cabaran utama MsMPerak adalah mendapat sokongan dan penyertaan daripada golongan MSM di Perak yang masih lagi takut, segan dan tidak mahu keluar dari kepompong pemikiran lama. Presiden juga memohon agar semua pihak yang terlibat dalam usaha kesedaran HIV/AIDS agar membantu MsMPerak membuka 'kunci' pemikiran MSM di Perak agar lebih terbuka selaras dengan matlamat dan objektif MsMPerak. Presiden turut mengundang semua hadirin untuk bersama-sama MsMPerak meraikan Hari AIDS Sedunia pada Disember nanti di Pulau Pangkor. Pada akhir ucapannya, Presiden memanggil semua Committee dan Correspondent MsMPerak untuk diperkenalkan kepada hadirin.
Raz, Pengarah Program Pertandingan Bowling Destinasi Cinta dipersilakan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Bowling Destinasi Cinta. Seraai 12 orang terlibat dalam pertandingan. Namun hanya 9 hadiah sahaja diberikan dan 3 peserta yang terdiri daripada Committee MsMPerak tidak diambilkira.
Majlis diteruskan dengan tayangan slide memperkenalkan logo baru MsMPerak yang direkacipta oleh Cik Nisak yang juga salah seorang tetamu pada majlis ini. Logo baru akan digunapakai secara rasminya oleh MsMPerak.
Seterusnya semua Committee dipersilakan memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulangtahun Pertama MsMPerak. Majlis diakhiri dengan tayangan slide Kupercaya Ada Cinta yang memaparkan matlamat, objektif dan harapan MsMPerak.
MsMPerak dengan matlamat memberi kesedaran terhadap HIV/AIDS akan terus berusaha memberi maklumat dan bahan input berkaitan kepada semua MSM khususnya di Negeri Perak. MsMPerak tidak mahu golongan MSM di Perak menjadi sebahagian daripada statistik HIV/AIDS Malaysia.
Diharapkan juga MsMPErak akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya Majlis AIDS Malaysia, PT Foundaion, Buddies Of Ipoh, PKI, Pejabat Kesihatan serta semua pihak yang mempunyai matlamat yang sama demi meastikan kesedaran HIV/AIDS dapat disebarkan.
Pandanglah kami.
Satu dalam seribu.
Yang percaya MsMPerak mampu membawa perubahan kerana;
Sejak Mula Kupercaya Ada Cinta
Cinta Itu Memungkinkan Segalanya
Cinta Suci Dan Abadi
Stop AIDS. Keep The Promise
No comments:
Post a Comment