11 July 2010

1 Love 2 Gather

Terima Kasih Kepada Semua Yang Telah Menjayakan Sambutan Ulangtahun Pertama MsMPerak.

Kami Persembahkan "1 Love 2 Gather" Istimewa Untuk Anda
...

PERTANDINGAN BOWLING DESTINASI CINTA

04.07.2010 (Ahad)

10.30am - 2.00pm

Ipoh Bowl, Jusco Kinta City, Ipoh



Sebahagian Committee MsMPerak seragam kuning dengan t-shirt yang di sponsor. Tq so much.


Pertandingan Bowling Destinasi Cinta telah diadakan di Ipoh Bowl, Jusco Kinta City, Ipoh. seramai 12 orang telah menyertai pertandingan secara individu. Pertandingan diadakan dalam 3 games. Pendaftaran peserta dilakukan sendiri oleh Pengarah Program Pertandingan Bowling Destinasi Cinta, Mohd Radzi Taharin bersama-sama Azhar. Pertandingan berjalan lancar dalam suasana yang meriah. Turut bertanding adalah Encik Jeffry Pardan, wakil Cluster MSM, Majlis AIDS Malaysia.





Pertandingan kurang mendapat sambutan mungkin kerana kekurangan promosi. Selain daripada itu, faktor masa pertandingan yang diadakan pada waktu pagi hari ahad juga menjadi punca kurang penyertaan. MsMPerak akan cuba menganjurkan pertandingan bowling pada waktu dan hari yang lain pula untuk lebih menarik penyertaan.









Pertandingan diadakan dengan cara pendaftaran yang bermula pada jam 10.30am. Pertandingan dimulakan pada jam 11.00am. Pelbagai skill dan aksi dipertontonkan oleh para peserta yang ceria. Sejurus pertandingan tamat, semua peserta bergerak ke Hotel Excelsior untuk penyampaian hadiah.


Daus Kecik (Ex-Committee) turut hadir memeriahkan suasana.


Gambar Atas : Mr Keong pun main, tapi markah committee tidak diambilkira untuk hadiah.

Gambar Bawah : Bola n Anaqi, rasa2 nya sama berat huhuhu



Macam-macam style

Pemenang Pertandingan Bowling Destinasi Cinta;
1. Zaman (420 points)
2. R-man (407 points)
3. Nazal (340 points)
4. Daus (313 points)
5. Jeffry Pardan (306 points)
6. Lie Penang (301 points)
7. Husin (275 points)
8. Yimster (271 points)
9. Papa Syah (209 points)

2 comments:

Prince Patrick said...

It seems really fun I guess anyone hope everyone enjoy :)

MsMPerak said...

we had fun prince patrick
next time join us for the fun k