Kami Persembahkan "1 Love 2 Gather" Istimewa Untuk Anda.....
MALAM TAHAJJUD CINTA
03.07.2010 (Sabtu)
6.00pm - 10.30pm
Rumah Anak Yatim & Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Chemor, Ipoh

Malam Tahajjud Cinta merupakan pembukaan kepada sambutan ulangtahun pertama MsMPerak. Malam Tahajjud Cinta adalah majlis tahlil dan doa selamat MsMPerak bersama-sama anak-anak yatim. Buat kali kedua, MsMPerak menganjurkan aktiviti bersama-sama anak-anak yatim. Majlis disertai oleh 60 penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor. Majlis turut disertai Encik Jeffry Pardan, wakil Cluster MSM, Majlis AIDS Malaysia dan 12 orang ahli MsMPerak.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program Malam Tahajjud Cinta iaitu Mohammad Fitri Arif dan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat secara beramai-ramai sebelum Solat Maghrib yang dipimpin oleh Uztaz Halidi dari Rumah Budi mulia Nurul Huda.
















Selepas Solat Maghrib secara berjemaah, jamuan makan diadakan. Ahli MsMPerak telah membantu dan makan bersama-sama anak-anak yatim dalam suasana yang tenang dan sederhana sambil berkongsi cerita dan pengalaman. Selesai jamuan makan, sesi tazkirah dengan tajuk Hari Kiamat disampaikan oleh Uztaz Halidi sementara menunggu masuk waktu Solat Isyak.












Selesai Solat Isyak secara berjemaah, Encik Marzuki Mohammad, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Satu Malaysia Bercham, Ipoh telah menyampaikan Ceramah Kesedaran HIV/AIDS. Banyak input telah diberikan terutamanya kepada penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Kami juga mendapat reaksi positif daripada pihak pengurusan Rumah Budi Mulia Nurul Huda program seperti ini. Pejabat Kesihatan Kinta turut menyerahkan poster dan risalah kesihatan kepada pihak Rumah Budi Mulia Nurul Huda.







Selepas sesi ceramah daripada Pejabat Kesihatan Kinta, slot kuiz teka-teki diadakan. 10 hadiah yang disumbangkan oleh rakan MsMPerak yang merupakan barangan permainan telah diberikan kepada penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda yang berjaya menjawab soalan teka-teki.















Kemudian Pengarah Program telah menyampaikan goodies kepada anak-anak yatim dan pihak pengurusan Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Majlis disudahi dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulangtahun pertama MsMPerak.















"...Tidak Ada Syarat Untuk Berbuat Baik..
Sesiapa Saja Dengan Apa Cara..
Tiada Keterbatasan Atau Tuntutan Yang Harus Dipenuhi..
Carilah Kebaikan..Milikilah Kebaikan..Warisilah Kebaikan..
Kebaikan Itu Bukannya Pada Yang Harum Dan Indah..
Tetapi Juga Ada Pada Yang Busuk Dan Hodoh..."
Petikan Ucapan Pengarah Program Malam Tahajjud Cinta..
Sesiapa Saja Dengan Apa Cara..
Tiada Keterbatasan Atau Tuntutan Yang Harus Dipenuhi..
Carilah Kebaikan..Milikilah Kebaikan..Warisilah Kebaikan..
Kebaikan Itu Bukannya Pada Yang Harum Dan Indah..
Tetapi Juga Ada Pada Yang Busuk Dan Hodoh..."
Petikan Ucapan Pengarah Program Malam Tahajjud Cinta..
No comments:
Post a Comment