23 July 2010

Teks Ucapan Presiden : Malam Tahajjud Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Terlalu Lama Aku Mencuba

Terlalu Banyak Cinta Yang Ku Damba

Tiada Yang Sempurna Hanyalah Fana

Tuhan Ampuni Hambamu

Ya Tuhanku.. Hanya Padamu..Tempat Mengadu Segala Rindu

Limpahiku Rahmat Kasihmu..

Dalam Tahajjud Cinta Bersujud


Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia


Terima Kasih Pengerusi Majlis

Yang Dimuliakan Pengurus Rumah Anak Yatim

Yang Berusaha En. Marzuki Bin Mohammad, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Satu Malaysia, Bercham, Ipoh, Perak

Yang Dikasihi Keluarga MsMPerak

Yang Disayangi Rakan-Rakan MsMPerak

Yang Dirai Adik-adik Penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda


Pertamanya Syukur Kehadrat Ilahi Kerana Gerak Kerja Penganjuran Majlis Malam Tahajjud Cinta Berjaya Sampai Ke Kemuncaknya. Tahniah kepada Pengarah Program Yang Berjaya Merealisasikan Impian.


Kami Juga Ingin Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Pihak Pengurusan Rumah Budi Mulia Nurul Huda Atas Kesudian Membenarkan Kita Menyelami Dan Berkongsi Kasih Sayang Bersama-Sama Penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Diharapkan Tidak Di Sini Sahaja Titik Terakhir Kejasama Yang Murni Ini.


Suka Saya Ingin menjelaskan Kepada Semua, Apa MsMPerak ? Untuk Apa Majlis Ini ? dan Mengapa Di Rumah Anak Yatim ?


MsMPerak Adalah Sebuah Kumpulan Yang Aktif Menjalankan Aktiviti-Aktiviti Sosial Dan Kebajikan Di Samping Membantu Usaha-Usaha Kesedaran HIV & AIDS. Berilah Apa Pun Definisi Yang Anda Mahu, Namun Ia Tidak Akan Mengubah Objektif Penubuhan Kumpulan Ini.


Majlis Ini Diadakan Sempena Menyambut Ulangtahun Pertama Pembentukkan MsMPerak Dan Merupakan Program Kedua Bersama Anak-Anak Yatim. Sebagai Suatu Amanah MsMPerak Untuk Sama-Sama Berkongsi, Menerusi Motto Sharing Is Caring, We Share The Care, We Share The Love And We Share The Caring Spirit For Loves.


Sekali Lagi, Aktiviti Kebajikan MsMPerak Diadakan Bersama-Sama Anak-Anak Yatim. Bukan Kami Tidak Prihatin Dengan Golongan Yang Lain Seperti Warga Tua, Namun Begitu, Atas Dasar Anak-Anak Ini Masih Lagi Ada Perjalanan Yang Masih Panjang Dan Jauh Berbanding Dengan Warga Tua Yang Entah Esok Atau Lusa, Tamatlah Riwayat Hidupnya. Atas Kesedaran Itu, Tumpuan Diberikan Kepada Anak-Anak Ini Yang Bakal Mencipta Riwayat Hidup Sebagai Insan Yang Cemerlang. Masa Depan Anak-Anak Ini Adalah Lebih Penting Untuk Diberi Perhatian, Ruang Dan Peluang Mengenali Dunia.


Majlis Tahlil Dan Doa Selamat, Malam Tahajjud Cinta Adalah Penzahiran Rasa Kesyukuran Kami Atas Kelebihan Dan Rezeki Yang DilimpahkanNya Kepada Kami. Dengan Rasa Tanggungjawab Dan Konsep MsMPerak, Sharing Is Caring, Perkongsian Kegembiraan Diterjemahkan Sebagai Tanda Keprihatinan Dan Kasih Sayang Kami.


Untuk Makluman Semua, Malam Tahajjud Cinta Adalah Pembukaan Kepada Sambutan Ulangtahun Pertama MsMPerak yang Bertemakan 1 Love 2 Gather. Pada Esok Hari Sambutan Akan Diteruskan Dengan Pertandingan Bowling, Destinasi Cinta Dan Jamuan Minum Petang Sejak Mula Kupercaya Ada Cinta.


Bukan Kecil Langkah Yang Diatur, Bukan Besar Taruhan Dicatur. Namun Atas Semangat Kerjasama, Insya Allah Semuanya Akan Berjalan Lancar.


Dikesempatan Ini Saya selaku Presiden MsMPerak Ingin Merakamkan Jutaan Penghargaan Buat Majlis Aids Malaysia Yang Menyokong Usaha Kami, PT Foundation Atas Komitmen Yang Diluahkan. Juga Penghargaan Buat Buddies Of Ipoh Dan Pertubuhan Komuniti Intan Yang Turut Memberi Laluan Kepada MsMPerak Bergandingan Dalam Usaha Memberi Kesedaran Terhadap HIV Dan AIDS. Terima Kasih Juga Buat Pejabat Kesihatan Kinta Atas Kesudian Memeriahkan Majlis Kami. Diharapkan Kerjasama Ini Akan berkekalan Dan Berterusan.


Izinkan Saya Untuk Mengucapkan Penghargaan Kepada Semua Pihak Yang Telah Memberi Sumbangan Sama Ada Secara Langsung Atau Tidak Langsung.

Dan Yang Terutamanya, Terima kasih Kepada Pengurusan Rumah Budi Mulia Nurul Huda Atas Kerjasama Yang Telah Diberikan.


Untuk Makluman Semua Jumlah Sumbangan Yang Berjaya Dikumpul Untuk Majlis Kita Pada Malam Ini Adalah Sebanyak RM2680 Sukacita Juga Ingin Saya Umumkan Di Sini, Kami Telah Mendapat Sumbangan Untuk Memasang Jubin Dilantai Di Ruang Makan, Di Hadapan Asrama Perempuan. Dijangka Kerja-Kerja Pemasangan Akan Dimulakan Dalam Dalam Masa Terdekat Ini. Diharapkan Kehadiran Kami Di Sini Akan Menambah Seri, Menjadi Kenangan Dan Inspirasi Buat Anak-Anak Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Kami Juga Berharap Langkah Pertama Ini adalah Permulaan Untuk Kami Terus Menyumbang Khidmat Dan Budi Yang Mulia.


Sesungguhnya, Tiada Syarat Untuk Kita Berbuat Baik.

Akhir Kata Yang Baik Dari Allah, Dan Yang Buruk Tentunya Dari Saya Sendiri.


Yang Baik Simpanlah Dan Gantunglah Di Dinding Kenangan

Yang Buruk Buanglah Sahaja Di dalam Tong Sampah Dan Jangan Disimpan


Semoga Kita Bertemu Lagi Esok Dalam Pertandingan Bowling Destinasi Cinta Dan Jamuan Minum Petang Sejak Mula Kupercaya Ada Cinta.


Sehingga Itu,

Sekian Wabilahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmaturallah Hiwabarakatuh, Terima kasih

No comments: